Rabu, April 25, 2012


Ps: Tak perlu la Semut nak ulas panjang. Korang boleh baca dan kemudian buat la penilaian sendiri. Yang mana baik, kita jadikan sempadan. Yang buruk, dijauhkan.

Sebab kita masing - masing boleh berfikir dengan kepala otak masing - masing. Jangan jadi macam pemimpin Pakatan Pembangkang tu, sudah la. Diorang tak berfikir pakai kepala otak. Tapi banyak berfikir pakai Kepala Lutut!!!
KUALA LUMPUR — Kecoh apabila pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, Nur Amalina Che Bakri dikatakan mengalami kejutan budaya apabila gambarnya mengenakan “legging” dan bergambar dengan seorang lelaki mula tersebar dengan meluas di laman-laman sosial dan blog. 
Amalina, 24, yang memperolehi 17 A1 dalam SPM yang sebelum ini dikenali dengan imej bertudung dikatakan telah berubah apabila gambarnya menunjukkan dia kini mengenakan pakaian yang menjolok mata dan dilihat telah berubah apabila berada di Universiti Edinburgh, United Kingdom selama lapan tahun. 
Bagi menjawab persoalan tersebut, sekumpulan wartawan telah pergi ke kediaman ibunya, Sabariah Hassan, 52, di Taman Sri Saujana di Kota Tinggi untuk menemuramah Amalina dengan menggunakan sidang video Skype.
  
Dalam sidang video selama 45 minit itu, Amalina mengakui dirinya sedikit tertekan dengan perkara tersebut, namun begitu, dia tidak mudah melatah apabila terus menghubungi ibunya untuk mendapatkan pandangan.
“Saya terus hubungi ibu, saya sudah lali, namun begitu, perkara itu adalah tidak benar, itu hanya cerita negatif  ... saya tidak boleh menutup mulut orang untuk bercakap.
“Saya hanya jadi diri saya dan terima segala pandangan negatif itu,” katanya yang pernah dikaitkan dengan isu yang mengatakan dirinya gagal dalam peperiksaan dan pulang senyap-senyap ke tanah air. 
Mengulas berkenaan isu memakai “legging” yang dikatakan menampakkan kulitnya, Amalina menjelaskan, “legging” berkenaan merupakan pemberian ibunya dan gambar tersebut diambil ketika mereka bercuti di Paris dua tahun lalu.
“’Legging’ itu pemberian ibu, dan gambar itu pun ibu yang tangkap ketika kami bercuti di Paris.
“Tak kan ibu nak beri saya pakaian yang koyak-koyak untuk anaknya pakai, itu cuma corak sahaja, saya suka berfesyen, dan ibu sendiri tidak halang hobi saya,” jelasnya. - Sumber
Categories:

4 ulasan:

  1. Melayu yang lupa janji dalam syahadahnya, lupa teguran dalam Al-Quran dan lupa janji Allah SWT itu benar dan azab Allah SWT itu pedih

    Inilah contoh Melayu bodoh

    BalasPadam
  2. Calture shock yg berlebihan jika x pandai atasi..if gagal dlm exam doesnt mean gagal menjalani hdup sbgai wanita melayu islam..bawalah imej yg baik sebagai wanita melayu....

    BalasPadam
  3. Kita doakan je lah yg baik2 utk dia...

    NURUL IZZAH HINA ORANG MENINGGAL DEMI POLITIK!! Baca di sini...

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Itulah dugaan yang dia dapat.. cuma perlu ingat kalau Allah nak ambil balik ......

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping