Tak pernah lagi Semut dengar cerita ni. Kalau 'Kahwin' di tepi jalan tu, pernah jugak la dengar ceritanya yang bersepah kat Selangor suatu ketika dulu.
Tapi, yang bab ni, baru sikit. Kebiasaannya orang 'nikah diseberang'. Kalau dah ada khidmat macam ni ditepi jalan, tak tau la pulak ceritanya.
Berita ni sama pelik la dengan berita pasal Ostad yang bagi kaunseling pukul 3pagi pada isteri orang dalam bilik hotel tak lama dulu.
Macam tak ada waktu lain yang dia nak bagi kaunseling. Buat pulak tu kat dalam bilik hotel. Itu pun dia tak nak mengaku salah jugak? Memang sia - sia je orang panggil dia Ostad!!!
Di tepi jalan pun boleh asalkan bayar. Khidmat jurunikah palsu ini bergiat aktif di Perak dan beberapa negeri lain untuk pasangan yang tidak mendapat restu ibu bapa atau suami yang ingin berpoligami tanpa kebenaran isteri.
Sindiket nikah palsu itu yang didalangi warga tempatan menawarkan khidmat berkenaan dengan bayaran RM2,000 hingga RM5,000 dan mengambil masa kurang 10 minit untuk proses pernikahan sebelum pasangan diberi sijil nikah.
Sumber Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) berkata, khidmat jurunikah palsu itu dipercayai diiklankan sindiket melalui Internet menggunakan laman sosial dan iklan di kaki lima selain disebarkan individu yang pernah menggunakan perkhidmatannya.
Menurutnya, sindiket dikenali ‘nikah 10 minit’ itu didalangi seorang lelaki tempatan digelar ‘Tok Ayah’ berusia 50-an yang berperanan sebagai jurunikah.
“Tok Ayah dibantu beberapa individu lain dikesan menawarkan khidmat nikah itu bergerak dari satu lokasi ke lokasi. Malah, mengadakan majlis nikah itu di sebarang lokasi, termasuk di tepi jalan.
“Pelanggan diberikan taklimat seringkas mungkin sebelum ijab kabul dilakukan. Setakat ini, maklumat mendapati Tok Ayah yang berasal dari Kedah, aktif menjalankan kegiatan itu walaupun menyedari menyalahi undang-undang,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.