Ahad, April 01, 2012


Inilah akibatnya kalau dah terlalu taksub sangat dengan DAPigs sampaikan akidah pun sanggup digadaikannya. Malah maruah diri pun begitu juga.

Dah berbuih mulut dah orang ulang pesanan. Kalau nak tuduh orang lain, kemukakan bukti. Jangan main cakap ikut sedap mulut je.

Dan kalau nak bercakap pulak, jangan main cakap je. Fikir dulu dengan Kepala Otak. Jangan Pakai Kepala Lutut!!! Sekarang, dah tak pasal - pasal je songeh!!!

Dasar muka tak malu betul la Si Nizar Lilin ni ye. Dah kantoi, tak nak mengaku pulak. Lepas tu siap cabar orang tak tentu pasal. Nah!!! Lepas ditunjukkan bukti tu nanti, apa lagi yang dia nak cakap!!! Buat malu je ada pemimpim macam. Cakap je pandai, tapi tak de otak!!!
LENGGONG - "Kerana beliau cabar saya, saya akan kemukakan bukti yang beliau ada membuat perbincangan dengan syarikat berkaitan mengenai persetujuan projek Vale di Teluk Rubiah,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika mengulas kenyataan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mencabar beliau mengenai isu berkenaan.
Menurut Zambry, melalui pendedahan dokumen atau bukti diperkatakan akan menentukan sama ada beliau atau Nizar yang bercakap bohong.
“Terima kasih kepada Nizar kerana telah mencabar saya untuk menunjukkan dokumen itu dan sebelum saya mengeluarkan sebarang kenyataan, sudah tentulah di tangan saya sudah mempunyai bukti.
“Apabila dokumen sudah dikemukakan, barulah rakyat tahu bagaimana seorang pemimpin boleh berbohong dan tidak rasa berdosa dengan tindakan itu.
“Beliau sendiri telah mengesyorkan kepada saya supaya menunjukkan bukti dan saya sudah pun melakukan penyiasatan mengenai isu serta projek ini.
“Beliau mendakwa tidak bersetuju projek Vale diadakan di Teluk Rubiah ketika pemerintahan Pakatan pembangkang dahulu, tetapi saya akan kemukakan bukti yang beliau ada membuat perbincangan dan terlibat dengan proses pertukaran tanah,” katanya pada sidang media ketika merasmikan Pesta Sukan dan Kebudayaan Parlimen Lenggong di sini, semalam.
“Saya difahamkan ada demonstrasi di Vale dan mereka ingin menjadikannya seperti isu Lynas yang kononnya didalangi oleh badan bukan kerajaan (NGO).
“Tetapi kita lihat siapa yang datang dan ia diketuai oleh Nizar sendiri serta dianggarkan dihadiri 150 orang yang pada asalnya menyasarkan 5,000 orang,” katanya.
Jumaat lalu, Sinar Harian menyiarkan kenyataan Nizar yang mengakui ada perbincangan dibuat dengan syarikat Vale mengenai pelaksanaan projek mereka tetapi tempat yang dicadangkan adalah di Tanjung Hantu, bukan Teluk Rubiah.
Katanya, Teluk Rubiah bukan lokasi yang dicadangkan untuk membangunkan projek berkenaan kerana kawasan itu merupakan pengkalan TLDM dan pusat peranginan terindah di negeri ini.
Malahan katanya, bayaran premium yang dikenakan juga rendah dan tidak akan menyusahkan mana-mana pihak yang terbabit dalam projek berkenaan.
Nizar turut akui tidak gentar jika Zambry ingin mendedahkan sebarang dokumen membabitkan projek tersebut.
“Jika dia (Zambry) nak dedah, silakan, kerana apa yang saya buat sebelum ini terutamanya berhubung pemilihan tempat untuk melaksanakan projek itu dilakukan demi kepentingan rakyat.
“Sewaktu pemerintahan PR, kami memang tidak bersetuju projek tersebut dijalankan di Teluk Rubiah,” katanya.
Categories: , , ,

4 ulasan:

  1. Tq Bro kerana mendengar:
    Send your url in my comment box. Tq.RT @Aura4fly: @semuthitam80 Salam kmk blogger proBNswrk minta link t.co/3CGO9kRl

    http://pecahpalakmikir.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Hang pi meniaga tempat len buleh x anon 1.10 ptg...! menyemak !

    BalasPadam
  3. nak berniaga keluarkan modal, jangan tumpang tui dikaki lima kedai orang lain. kalau x ada duit nak buka kedai gi tonggeng pungkoq kat bang nuar .......

    BalasPadam
  4. Jgn kasi chance sama Nizar. Tunjuk semua bukti yg ada!!

    NURUL IZZAH TAKUT DITELANJANGKAN RAJA NONG CHIK? Baca di sini!

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping