Fuh!!! Bengang GILA Si Khalid Gagap tu bila Si Nurul Izzah ni tak pasal - pasal je kaitkan nama dia dalam isu di Kampung Kerinchi baru - baru ni.
Dah tak pasal - pasal je, kudis lama Si Khalid Gagap tu muncul kembali. Terpaksa la dia cari jalan untuk tutup lubang tu semula.
Sebelum ini, Si Nurul Izzah tu cuba untuk membangkitkan rasa simpati dikalangan rakyat yang terdiri dari kalangan minoriti penduduk Flat 4 tingkat di Kampung Kerinchi.
Tetapi, dalam masa yang sama, dia lansung tak sedar yang hakikatnya dia telah menidakkan hak 432 orang penduduk lain dikawasan tersebut.
Kalau korang nak tau, inilah sebenarnya Keadilan yang diperjuangkan oleh puak - puak Pakatan Pembangkang tu selama hari ini.
Mereka hanya memperjuangkan Keadilan yang berat sebelah sahaja. Bukannya untuk rakyat secara keseluruhannya. Dan Keadilan tu pulak kalau ianya menyebelahi diorang.
Bagi Keadilan yang tak menyebelahi mereka tu pulak akan dianggap zalim, kejam dan menindas. Itu sahaja erti keadilan buat mereka.
Sama la jugak dengan keadaannya buat Si Nurul Izzah tu. Masa isu yang berkaitan dengan Kerajaan Negeri Selangor, dia diamkan pulak.
Tapi, bila isu ni bangkit, kenapa dia nak bising? Hanya sebab ianya dalam kawasan dia sendiri? Jadi, macam mana pulak hak orang lain di Negeri Selangor tempoh hari?
Takkan la Si Nurul Izzah tu nak biarkan macam tu je. Adakah diorang tu tak layak untuk diperjuangkan? Kan dah nampak sangat berat sebelah tu.
Dah tak pasal - pasal tindakan Kerajaan Rejim Khalid Gagap jugak yang kena. Macam mana dia nak jawab ni Nurul oi!!! Dia yang pandai Gali Lubang, tapi tak pandai pulak nak tutup. Sekarang, Lu Tanggung La Sendiri!!!
KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hari ini menyifatkan tindakan Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mempertikaikan prosedur pengambilan tanah projek pembangunan semula rumah pangsa empat tingkat di Kampung Kerinchi di sini sebagai bermotifkan politik.
"Perkara yang dibangkitkan oleh Nurul Izzah sengaja disensasikan bagi melihat projek tersebut gagal dilaksanakan dan memberikan kelebihan pula kepadanya," katanya.
Mengambil contoh pembangunan semula Flat PKNS empat Tingkat di Jalan Jelatek (Datum Jelatek) oleh kerajaan Selangor pada 2010, Raja Nong Chik berkata kerajaan Selangor juga tidak mendapat persetujuan 100 peratus daripada penduduk.
"Mengapa apabila kerajaan negeri Selangor menggunakan Akta Pengambilan Tanah, perkara ini tidak menjadi isu tetapi di Wilayah Persekutuan dipolitikkan pula," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Lesen Sementara Penjaja Statik di sini.
Beliau berkata menerusi tindakan Nurul Izzah itu secara tidak langsung mahu dilihat kononnya beliau adalah pejuang kepada kelompok minoriti 35 penduduk yang menentang dan enggan berpindah.
"Sedangkan hakikatnya penghuni berkenaan tidak langsung mengambil kira kepentingan dan penderitaan 432 penghuni lain yang secara terbuka dan bersedia menerima pembangunan di tapak kediaman asal mereka," katanya.
PKR-Parti Keadilan Rakan-Rakan (saya sahaja)...
BalasPadam