Khamis, April 26, 2012


Wah!!! Akhirnya, teka - teki mengenai kes 'kaunseling' pukul 3 pagi Ostad Badrol dengan Iseteri orang ni bakal didengar didalam mahkamah Jun nanti.

Dari spekulasi yang sedang bertiup kencang ketika ini, Pilihan Raya Umum pun katanya bakal berlansung dalam bulan Jun jugak.

Jadi, tak de peluang la Si Ostad Badrol ni untuk jadi calon dalam Pilihan Raya yang akan datang memandangkan dia perlu beri tumpuan kepada kes tersebut.

Maka bertepuk tangan la Si Faekah Muka Berminyak tu di Selangor kerana saingan dia tidak akan mendapat tempat untuk jadi wakil rakyat.

Tapi, Ostad Badrol tak boleh nak salahkan sesiapa melainkan diri dia sendiri. Yang dia bongok sangat buat sesi 'kaunseling' dalam bilik hotel pukul 3 pagi dengan isteri orang tu sapa suruh!!! Sekarang, memang Padan La Dengan Muka Dia!!!
AgendaDaily - Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron bersama pasangannya yang ditangkap khalwat di sebuah resort di Balok, di sini, Februari lalu akan didakwa di Mahkamah Syariah selewat-lewatnya Jun ini.
Berita Harian melaporkan, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz, berkata siasatan terperinci sudah siap dilakukan dan JAIP hanya menunggu perintah Mahkamah Syariah untuk menjalankan prosedur pendakwaan yang dijangka pada bulan depan.

“Kes ini masih berjalan seperti biasa cuma menjadi punca kelewatan (mendakwa di mahkamah) kerana JAIP mahu mengumpul bukti yang kukuh dan meneliti semua fakta kes,” katanya.

Badrulamin yang juga bekas calon Parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum 2008, ditangkap khalwat bersama pasangannya itu oleh penguat kuasa JAIP di sebuah hotel di Balok, kira-kira jam 2.30 pagi 25 Februari lalu.

Beliau turut mendakwa dipukul hampir 20 lelaki sebelum dikurung dalam bilik sehingga pegawai JAIP menahannya.
Mohd Ghazali juga berkata, kes itu sudah berada pada pihak pendakwa untuk diteliti sebelum dihantar kepada hakim bagi menetapkan tarikhnya.
“Kita tetap teruskan (pendakwaan) walaupun membabitkan individu berpengaruh dalam bidang politik dan pihak JAIP menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa prosedur tangkapan Badrulamin tidak mengikut garis panduan atau ia didalangi pihak tertentu untuk menjatuhkannya.

“Pegawai JAIP tidak menahan individu sewenang-wenangnya kecuali ia melanggar undang-undang syariah,” katanya.

Ghazali berkata, pihaknya turut menolak sebarang spekulasi yang mengatakan terdapat perkara sabotaj berkaitan tangkapan Badrulamin kerana bidang kuasa JAIP hanya bertindak selepas menerima aduan.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping