Khamis, April 26, 2012


Wah!!! Dalam dok sibuk - sibuk Pakatan Pembangkang menracuni fikiran peneroka Felda untuk ambik tindakan, rupa - rupanya ada cerita yang lebih gempar.



Dengar kata, hari ni warga Peneroka Felda Chini nak ambik tindakan saman terhadap Felda jugak. Sebelum buat, baik la baca cerita ni dulu ye. Jangan menyesal tak sudah pulak nanti.

Kalau sebelum ini, puak - puak Pakatan Pembangkang tu bukan main ghairah lagi mendesak agar Peneroka mengambil tindakan dan saman pihak Felda ni.

Tapi, sejak akhir - akhir ni, tindakan itu kurang pulak mendapat sambutan. Tak macam tahun sebelumnya dimana ramai dikalangan peneroka yang termakan racun mereka.

Kalau korang nak tau, inilah sebabnya kenapa mereka berbelah bagi untuk ambik tindakan tersebut. Rupanya peguam yang dipilih sudah melakukan penyelewengan.

Dilaporkan bahawa peneroka Felda Teluk Kemang 3 yang menang dalam kes terhadap Felda Palm Industries Sdn. Bhd. tahun lalu telah memfailkan tuntutan dari Peguam mereka.

Tuntutan tersebut kemudiannya dimohon agar dapat diketepikan oleh syarikat peguam yang mewakili mereka. Namun, permohonan itu telah ditolak semalam.
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini, hari ini menolak permohonan firma guaman Wan Rohimin & Asmadi untuk membatalkan rayuan peneroka berhubung saman RM11.2 juta yang dimenangi mereka terhadap Felda Palm Industries Sdn Bhd dua tahun lalu.
Panel tiga Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Azhar Mohamed dan Datuk Linton Albert sebulat suara menolaknya dan berpendapat mahkamah tiada sebab menerima bantahan atas alasan dokumen tidak relevan.
"Sama ada dokumen itu relevan atau tidak, mahkamah tidak sepatutnya terus membuat kesimpulan.
"Oleh itu, mahkamah tolak bantahan dan kes boleh diteruskan untuk pendengaran," kata Mohamed Apandi.
Keputusan itu sekali gus memberi peluang kepasa 273 peneroka Felda Teluk Kemang 3, Kelantan untuk mendapatkan kepastian mengenai tiga perkara yang dituntut terhadap firma guaman itu.
Perkara tersebut adalah berkenaan jumlah sebenar kos guaman yang mereka perlu bayar kepada peguam; kos mahkamah dan jumlah wang yang sepatutnya mereka terima selepas menang saman.
Tetuan Wan Rohimin & Asmadi  adalah firma yang pernah mewakili peneroka-peneroka itu dalam prosiding saman terhadap Felda pada 2010.
Persoalannya: Kenapa pulak syarikat guaman tu nak mohon rayuan agar tuntutan Peneroka itu diketepikan oleh pihak Mahkamah?

Jika benar mereka ikhlas dan telus untuk membantu Peneroka mendapatkan Keadilan, kenapa tindakan tersebut perlu diambil?

Bukan ke sebelum ini, puak - puak Pakatan Pembangkang tu telah menjanjikan bahawa kos guaman yang mereka sediakan diberi secara percuma???

Kalau ianya diberi secara percuma, kenapa pulak warga Peneroka Felda Teluk Kemang 3 ni perlu membayar sejumlah wang kepada syarikat tersebut?

Nah!!! Dah nampak sangat tembelang puak - puak Pakatan Pembangkang ni sudah terserlah dimana mereka sebenarnya mengambil kesempatan mengaut keuntungan dari Peneroka.

Janji yang mengatakan kos guaman diberi secara percuma hanya satu helah semata - mata. Bila dah jadi macam ni, tau pulak diorang nak ketepikan tuntutan Peneroka, ye tak.

Jadi, memang cukup jelas tindakan puak - puak Pakatan Pembangkang ni sebenarnya hanya demi kepentingan mereka sendiri sahaja. Bukannya untuk orang lain.

Untuk mencapai tujuan itu, mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuk menipu warga Peneroka ni secara terang - terangan. Maka, untuk apa lagi warga Peneroka ni nak percaya kepada orang yang setakat tahu bercakap tapi kuat menipu ni!!!
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. tu la para peneroka yang tak tau diuntung yang menyaman felda yang selama ni banyak berjasa pada mereka bila kena tipu baru dia orang tau kan TUHAN tu maha adil

    BalasPadam
  2. Nasehat kpd peneroka,kalau FELDA x bagus,cara pembangkang yang bagus,tinggalkan saja tanah rancangan u,tapi sebelum tinggalkan Felda,tanya dulu puak2 pembangkang ada ke rancangan tanah yang diorang nak bangunkan LEBEH BAIK dari yang duruskan FELDA,

    BalasPadam
  3. Mana datangla felda teluk kemang 3,kl bodoh tu jgnla tnjk sangat...kesian....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping