Rabu, Mei 30, 2012


Pembabitan selama 20 tahun KRU tidak dapat diungkap satu persatu yang menyaksikan transformasi dari sebuah kumpulan muzik rap ”ternama” ke ”jenama” empayar perniagaan mereka bukan saja diperingkat tempatan tetapi juga di persada dunia. 

Sempena menyambut ulang tahun KRU yang ke-20, bersama kita imbas kembali antara kejayaan yang telah berjaya dirangkul disepanjang tempoh setahun yang lalu: -

1. Di antara kejayaan yang telah berjaya dirangkul adalah seperti mendominasi 8 anugerah (Filem Terbaik, Kesan Visual Terbaik, Lagu Tema Asal Terbaik, Pereka Kostum Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penataan Seni Terbaik dan Poster Terbaik) di Festival Filem Malaysia ke-24 melalui filem epik aksi ”Hikayat Merong Mahawangsa”; Filem Terbaik Anugerah Skrin 2011 melalui filem ”Magika”, serta Lagu Terbaik & Lagu Pop Terbaik (melalui lagu ”Sedetik Lebih” nyanyian Anuar Zain) di Anugerah Industri Muzik ke-18 dan Juara Anugerah Mobile Celcom di Anugerah Juara Lagu ke-18, juga melalui lagu ”Sedetik Lebih”.

2. Dari muzik Rap ke peneraju utama penggunaan kesan khas (CGI), kini KRU terus memberikan pembaharuan kepada peminat industri perfileman tempatan dengan menerbitkan pelbagai genre filem yang hebat. 

Di sepanjang tempoh Julai 2011 sehingga kini, pelbagai penggambaran telah dijalankan merangkumi pelbagai genre filem. Antara 3 filem mega yang bakal beraksi di layar perak adalah filem Stereoscopic 3D (S3D) pertama Malaysia berjudul ”29 Februari” arahan Edry Abdul Halim yang bakal ditayangkan pada 30 Ogos 2012, dan filem aksi penggembaraan Stereoscopic 3D (S3D) yang membariskan pelakon-pelakon Hollywood berjudul ”Vikingdom” arahan Yusry Abdul Halim; serta filem animasi komedi bertaraf antarabangsa berjudul ”Ribbit” yang turut menampil suara pelakon-pelakon terkenal Hollywood arahan Chuck Powers.

3. Walaupun KRU kini lebih giat menerajui industri perfileman, muzik tetap menjadi keutamaan mereka. Antara bintang-bintang kelahiran KRU adalah seperti Elite, X-Factor, Juliana Banos, Ezlynn, Adam, Dafi, Dr Kronik, Indigo, Pretty Ugly, Feminin dan ramai lagi. 

Kini, KRU meneruskan usaha mereka dalam mengasah bakat baru mahupun sedia ada dan antara yang terkini adalah Jaclyn Victor, Forteen, V.I.P, IQA, MOJO, Ad Azhar, Kamelia (Bintang Idola BH 2011), Baby Shima dan biduanita Datuk Sharifah Aini. 

Kejayaan kumpulan Forteen selaku Top 5 Artis Duo/Berkumpulan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 dan kejayaan Jaclyn Victor selaku pemenang tempat ke-3 Mania (program realiti TV terbitan Astro) mengukuhkan lagi kedudukan KRU Music.

4. Disamping penerbitan produk-produk untuk pasaran tempatan dan antarabangsa, KRU juga tidak melupakan tanggungjawab sosial untuk melatih para belia meningkatkan kemahiran didalam bidang ICT sekaligus menyediakan peluang pekerjaan untuk membantu membangunkan industri media dan hiburan tempatan. 

Usaha KRU untuk melahirkan lebih ramai tenaga kreatif menjadi realiti dengan tertubuhnya KRU Academy. Kolej Professional ini menyediakan pelbagai kursus pensijilan berkaitan kemahiran yang diperlukan oleh industri media dan hiburan. 

Kolej ini juga turut disokongan oleh MDEC, Jabatan Pembangunan Kemahiran (Kementerian Sumber Manusia) serta Universiti Multimedia.

5. Hasrat KRU untuk mempunyai saluran media baru yang berdiri diatas jenamanya tercapai dengan adanya KRU TV yang kini bukan saja boleh ditonton melalui telefon mudah alih tetapi juga melalui portal You Tube dimana KRU TV telah dipilih oleh Google untuk menyediakan pelbagai kandungan di ”premium channel” yang turut menyediakan ruang untuk pengiklan untuk menyalurkan maklumat mengenai produk dan perkhidmatan mereka. 

Selain dari rancangan KRU TV seperti Paparazzi, 24-7, Carta Blockbuster; sebuah lagi rancangan yang sedang meningkat populariti masakini ialah Propaganza – sebuah program berbentuk majalah yang baru memulakan siarannya selama 1 jam secara eksklusif di Astro RIA bermula pada 18 Mac 2012. 

Rancangan terbitan bersama Astro & KRU ini dihoskan oleh selebriti terkenal iaitu Reza dan Marsha berjaya menarik minat masyarakat dengan purata 2 juta penonton setiap minggu.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping