Rabu, Mei 30, 2012


Bukanlah niat Semut nak mempertikaikan mengenai isu Amy Search masuk UMNO ni. Memang ianya satu tamparan yang cukup hebat buat puak - puak Pembangkang.

Pernah satu ketika tak berapa lama dahulu, Amy Search turut dikaitkan dengan Parti Angguk Saja. Puas la orang cerita yang dia dah masuk PAS.

Semuanya gara - gara perubahan imej dan juga spekulasi gambar dia berjumpa dengan Nik Aziz di Kelantan tak berapa lama dahulu. 

Malah, Amy siap jemput Nik Aziz merasmikan restoran dia di Kuala Lumpur. Anak Nik Aziz pun katanya turut beraya di rumah Amy.


Ada jugak yang buat andaian bahawa Amy tertarik dengan PAS sebab Aura Luar Biasa yang dimiliki oleh Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS.

Masa tu, Semut ingat lagi. Ramai yang buat andaian yang macam - macam. Ada jugak yang mendabik dada mengatakan bahawa PAS jelas merupakan parti yang memperjuangkan Islam.

Penyokong - penyokong PAS bukan main berkokok lagi kata Amy berubah sebab rasa jatuh hati dengan parti tersebut yang memperjuangkan Islam KONONnya.

Tapi, hari ini kita digemparkan dengan isu Amy masuk UMNO. Puas meroyan pulak puak - puak Penyokong PAS yang dulu pernah mendabik dada bangga dengan perubahan Amy.

Penyanyi Mus (May) (paling kiri) , Amy (Search) (dua, kiri) dan Ibnor Reza (paling kanan) menyerahkan borang penyertaan keahlian parti Umno kepada Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh (tengah) di pejabat Umno di sini, petang Selasa. Turut kelihatan penyanyi Jamal Abdillah yang sudah bergelar ahli sejak setahun yang lalu.- Foto oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS

Mungkin, bagi Amy, dia sudah dapat melihat Kebenaran. PAS bukanlah sebuah parti yang benar - benar memperjuangkan Islam. Sebaliknya, hanya mempergunakan Islam semata - mata.

Mungkin itulah sebabnya. Tapi, kalau nak tau cerita sebenar, kena tanya Amy sendiri la. Yang Semut nak dengar sekarang ni, apa pulak respon dari puak - puak Penyokong PAS tu.

Adakah mereka akan tuduh Amy dah sesat? Atau diorang akan tuduh UMNO bagi tawaran mewah buat Amy? Kita tak tahu apa tuduhan yang akan dilemparkan. Tapi, kita boleh agak apa yang ada dalam fikiran mereka. Paling tidak pun diorang akan kata "Ini Semua Salah UMNO!!!"
Categories: , , ,

9 ulasan:

  1. Lantak kau orang lah nak masuk apa pun???????

    BalasPadam
  2. lepas ni mesti ramai anak muda sokong umno woohoo!!!

    BalasPadam
  3. Diorng dah naik angin dah..ha ha..best, best...syabas penulis...idup"" UMNO...!!!

    BalasPadam
  4. heheheee...

    pejuang hamas...

    BalasPadam
  5. hahadh mula marah monyet pas dh....bila org dh x isap tlor nik ajis mula marah....adeyyy jln daaa!!!

    BalasPadam
  6. gambaq tu pok nik serah borang nak masuk mentor x lmam dulu kot

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping