Fuh!!! Lama tu!!! Sejam lebih. Apa yang dia buat selama sejam dua puluh minit tu? Takkan la seorang yang dikatakan sakit tulang belakang boleh tahan selama itu?
Itu satu perkara yang mustahil!!! Sebab, kalau kita tengok video Bang Non dengan Chinadoll tu semula, ternyata Bang Non tak mampu bertahan sebegitu lama.
Jadi, apa sebenarnya yang dia buat sepanjang waktu itu? Takkan la dia hanya setakat makan karipap je kot. Kalau 'Karipap' lain tu, tak tau la pulak. Itu hanya Bang Non dan Nalla je yang tau. Jadi, adalah lebih baik Bang Non jawab. Apa yang dia buat sejam 20 minit tu!!!
Ramai ingin tahu apa cerita video ‘panas’ babitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Shamsidar Taharin selepas Senator Datuk S. Nallakaruppan baru-baru ini menyerahkan pita rakaman kepada peguamnya Datuk Seri Shafie Abdullah untuk dijadikan bahan bukti di mahkamah nanti.
Bekas sahabat karib Anwar itu cuba tutup mulut untuk menyimpan rahsia Anwar dan isteri timbalan Presiden PKR, Azmin Ali itu walaupun diasak macam-macam soalan oleh wartawan dalam sidang media di pejabatnya di Segambut, Selasa.
Tujuan beliau memanggil sidang akhbar berkenaan adalah mengenai soal lain namun wartawan yang hadir rata-rata lebih berminat nak korek lebih lanjut isu pita video berkenaan.
Nalla jenuh bersilat menepisnya.Katanya beliau kena simpan semua jawapan itu termasuk apa kandungan video selama satu jam 20 minit itu untuk perbicaraan mahkamah kelak.
Soalnya sekarang apakah motifnya sebagai rakan karib selama puluhan tahun, Nalla sanggup merakam aksi tidak bermoral Anwar.?
Menjawab soalan itu, beliau mendedahkan rakaman tersebut dibuat semata-mata untuk tujuan keselamatan kerana Anwar waktu itu adalah Timbalan Perdana Menteri.
“Saya jaga ‘safety’ dia takut apa-apa berlaku pada dia,” tegas Nalla.
“Kalau saya mahu (saya sudah serah dulu lagi) , masa polis tangkap saya pada 1998, saya tidak serah (pada polis) saya tidak tunding jari pada Anwar, kalau tidak Anwar masih dalam penjara,” katanya.
Nalla menegaskan beliau tidak berniat jahat mendedahkan video tersebut sekarang.
“Sekarang saya bikin untuk negara. Kaki liwat tidak boleh Perdana Menteri untuk negara ini. Itulah tujuan saya,” katanya.
Ditanya sama ada beliau main-main saja dengan cerita pasal video Anwar-Shamsidar, Nalla menjawab, “ Saya tak main-main tetapi ( dalam) tape dia main-main saya ada,” Katanya, Anwar mana ada mengaku dia ada main-main, begitu juga dengan pendedahan video Datuk Eskay Abdullah.
“Video itu ramai orang tengok. Itu pun dia tak mengaku. Nanti pergi mahkamah, baru tahu macam mana dia makan ais krim. Saya kenal Anwar 30 tahun. Dia punya pusing saya tahu,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.