Rabu, Mei 30, 2012


JIKA sebut namanya sekarang, pasti ramai peminat terus teringat kepada rancangan gosip Propaganza yang hangat ke udara setiap Ahad, jam 12 tengah hari di Astro Ria.

Bergandingan dengan Reza AF, lagak Anak Tamparuli, Sabah ini cukup selamba, lucu malah ada juga yang menganggapnya sebagai ‘gedik’ tatkala mengacarakan rancangan itu.


Biar apapun kata orang terhadap gaya penyampaiannya itu, Marsha Milan Londoh, 26, tidak pernah mengambil pusing, sebaliknya terus memfokuskan untuk memberikan yang terbaik.

Sebelum ini ramai tertarik dengan alunan vokal Marsha. Kemudian ramai memuji lakonannya dalam drama seram Kum Kum diikuti filem komedi romantis Cun! arahan Osman Ali. 

Namun sejak ada Propaganza, nama Marsha terus mendapat perhatian dan ia nyata memperlihatkan satu lagi bakat dalam diri beliau.




Apa yang jelas, Marsha mengakui pembabitannya secara ‘bidan terjun’ dalam bidang pengacaraan TV sebagai rezeki serta pengalaman baru.



“Tidak pernah terlintas di hati saya untuk mencuba bidang pengacaraan khususnya untuk Propaganza. Saya sebenarnya tak sangka niat asal iaitu hanya suka-suka menghadiri uji bakat akhirnya membuatkan saya terjebak dengan program gosip.

“Saya mencuba uji bakat itu kerana atas pujukan kawan-kawan. Tak pernah terfikir langsung saya akan diberikan ‘job’ berkenaan dan ketika diuji bakat pun saya tidak serius. Saya rasa saya ‘gila-gila’ tapi rupanya itu yang mereka suka.

“Beberapa hari selepas itu, saya terus mendapat panggilan menyatakan saya berjaya mendapat ‘job’ itu. Memang terkejutlah kerana saya tidak mengharapkan apa-apa. Malah saya masih cakap pada mereka bahawa saya tak mungkin akan menjadi hos yang bagus dan belum benar-benar bersedia.

“Bagaimanapun, pandangan kru produksi pula lain. Mereka menyatakan saya sangat sesuai untuk program berkenaan. Lama juga saya berfikir dan atas nasihat kawan serta tidak mahu mengecewakan permintaan mereka, saya pun terima. Mujurlah saya digandingkan dengan rakan baik, Reza maka terciptalah keserasian antara kami sebab dah kenal lama.

“Setakat ini, saya mendapat pelbagai reaksi termasuk ada yang cakap saya ‘gedik’, bingit dan tak sesuai. Tak kisahlah, saya pun sudah terima ‘job’ ini dan akan teruskan. 

"Alang-alang mandi, biar sampai basah. Apa-apapun, saya berbalik kepada niat asal iaitu mahu menghiburkan penonton.

“Tidak kurang yang memuji dan itu sesuatu yang saya suka. Saya faham, bukan senang untuk memuaskan hati semua orang, tapi apalah guna menjadi orang lain semata-mata mahu buat orang suka kepada kita bukan?” katanya.

Namun Marsha tidak menafikan, sejak mengacarakan Propaganza, pelbagai tawaran mengacara mula mendatanginya dan kebanyakannya adalah untuk acara korporat.  Akuinya, untuk mengacarakan majlis yang besar, ia bukan senang.

Ps: Tak kisah la orang nak panggil apa pun Marsha. Janji dia buat kerja halal. Tak mencuri atau sebagainya. Jangan nanti dia sampai 'Pijak Muka' pulak sudah la!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping