Fuh!!! Hebat rupanya Naib Presiden PAS sorang ni. Keberanian dia cukup luar biasa. Lantang betul dia bercakap sampaikan kata - kata Presiden sendiri pun disanggahnya.
Dah la tu. Dia buat pulak depan - depan wartawan. Bukannya dibelakang. Tapi didepan Haji Hadi sendiri!!! Tak keberani namanya tu?
Dalam sidang media yang diadakan oleh PAS sebelum ini, Haji Hadi sekali lagi menyatakan bahawa parti itu sedia untuk membuka pintu muzakarah.
Isunya berkaitan dengan soal perjuangan parti yang dikatakan sudah lari dari landasan sebenar perjuangan mereka sebelum ini.
Maka, Haji Hadi menegaskan bahawa pintu muzakarah ini dibuka kepada semua pihak termasuk UMNO.
Laporan tersebut didedahkan didalam akhbar Sinar Harian semalam. Dalam laporan tersebut juga menyatakan tindakan Mahfuz Bean ni memang diluar jangkaan.
Walaupun Haji Hadi dengan jelas menyatakan 'Pintu Muzakarah Terbuka termasuk UMNO', Mahfuz tampil mencelah dengan menyatakan, 'Kecuali dengan UMNO'.
Namun, sejurus selepas Hadi berkata demikian, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar mencelah dengan mengatakan “tidak muzakarah dengan Umno”. - Sinar Harian
Jelas dan nyata perkara itu disebut sendiri oleh Si Mahfuz Bean ni sewaktu sidang media tersebut diadakan di Pejabat Agung PAS.
Tapi, dalam kenyataan lain, Mahfuz menafikan perkara tersebut. Kata Si Mahfuz, dia hanya mendiamkan diri pada ketika sidang media tersebut diadakan.
Bagaimana pun, wartawan Sinar Harian yang bertugas kembali menyemak semula rakaman suara sidang media tersebut dengan jelas mendengar suara Si Mahfuz Bean tadi.
Sememangnya dia yang menuturkan kata - kata berkenaan dimana dia membantah kenyataan Haji Hadi untuk bermuzakarah dengan UMNO.
Nah!!! lihat sendiri bagaimana putar belitnya seorang manusia yang bernama Mahfuz Bean ni. Dah terang - terang dia buat salah, pun dia masih tak nak mengaku.
Dah kantoi macam tu pun, dia masih nak menafikannya. Adakah ini ciri - ciri pemimpin yang KONONnya nak memperjuangkan Islam?
Sudah - sudah la nak menipu rakyat ni Mahfuz oi!!! Jangan ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat dan mudah nak percaya cakap dia yang bukan - bukan tu!!!
Kalau betul dia tak cakap macam tu, apa kata dia saman je Sinar Harian? Takkan la dia setakat berani cakap je kot!!! Kalau setakat mengabihkan air liur buat apa!!! Mengabihkan masa je!!!
begitu lah munafiknya puak pakatan ini... kalau ngan umno dia nak spin lantak pi la...tetapi ini ngan sinar harian?? akhbar yg memang mesra pembangkang..ko ni memang akai simpan kat lutut la mahfuh oi.........
BalasPadamJenis muke tak reti malu mcm tu le..tgk muke dia pun dh tahu jenis penipu..
BalasPadam