Selasa, Mei 15, 2012


Semut malas cakap banyak. Inilah padahnya buat orang yang suka sangat cari pasal tak tentu arah. Orang pilih dia jadi wakil rakyat suruh buat kerja.

Tapi, yang dia tau hanya menipu rakyat dan buat huru - hara. Lepas tu angkut anak orang sampai terpaksa digugurkan pulak. Da la tu. Dah buat tak nak mengaku pulak!!! Sekarang, Baru La Padan Dengan Muka Dia!!!
KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Batu Chua Tian Chang atau dikenali sebagai Tian Chua hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan tidak mematuhi perintah polis supaya beredar dari kawasan larangan di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol), sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0.
   
Tian Chua, 49, didakwa melanggar perintah yang dikeluarkan oleh DSP A. Rajakopal untuk beredar dari kawasan Pulapol itu yang diisytiharkan sebagai suatu kawasan larangan mengikut perintah kawasan-kawasan larangan 1975.
   
Beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Nasional didakwa melakukan kesalahan itu di Pulapol, Jalan Semarak pada 2.30 pagi, 29 April lepas.
   
Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 7 akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
   
Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hanafiah Zakaria menawarkan kepada mahkamah supaya Tian Chua diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun peguam Latheefa Koya yang mewakili anggota Parlimen itu membantah atas alasan jaminan tersebut adalah tinggi.
   
"Tiada alasan anak guam saya untuk tidak menghadirkan diri ke mahkamah kerana dia merupakan anggota Parlimen. Dia juga akan hadir ke mahkamah kerana masih menghadapi perbicaraan kes lain," kata Latheefa Koya.
   
Hakim Mahmud Abdullah membenarkan Tian Chua diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Julai ini untuk bicara.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. jamin RM500 saja .CELAH GIGI laaaaa . APALA PUNYA HAKIM . kes tak bayar kereta pon lebih .HISHHHHHHHH ... tapi ok dari PENARI TIANG la .... RM25 .... TERUK SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA . sory na . kasaq sikit .

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping