Fuh!!! Berani sungguh Si Chegubard ni melawan cakap Si Ketua Penipu tu ye. Siap cakap depan - depan orang ramai pulak tu. Tak malu betul dia ni.
Kalau sebelum ini, Si Ketua Penipu tu kata bahawa Perhimpunan Bersih 3.0 bukanlah satu tindakan untuk menggulingkan Kerajaan.
Sebaliknya, himpunan itu dibuat untuk mendesak agar satu Pilihan Raya Bersih dan Adil dilaksanakan didalam Negara ini. Itu tuntutan mereka.
Kenyataan itu dibuat bagi menyokong kenyataan Pengerusi Bersih, Si Ambiga tu yang menekankan bahawa Perhimpunan Bersih 3.0 bukan untuk menggulingkan Kerajaan.
Tapi, lain pulak ceritanya dengan Si Chegubard ni. Dia secara terang - terangan menyatakan yang perhimpunan Bersih ni adalah untuk mengambil alih Kerajaan.
Disitu sahaja sudah nampak penentangan dalam agenda Pakatan Pembangkang ni. Mereka sekadar cuba melempar batu dan sembunyikan tangan.
Walaupun Si Ketua Penipu tu sebelum ini cuba menyelamatkan maruah diri dari terus dicop sebagai perampas agenda Bersih, namun ia jelas GAGAL difahami oleh anak buah dia.
Jadi, memang betul la agenda BERSIH 3.0 dalam menuntut Pilihan Raya bersih dan adil ini telah Di Hijack oleh puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Dan tak payah la diorang cuba nak selindung dan cuba untuk menipu rakyat!!!
SUBANG JAYA: Hampir dua minggu selepas perhimpunan haram BERSIH 3.0 di ibu negara, kepimpinan Pakatan Rakyat seolah-olah gagal menyembunyikan tujuan sebenar disebalik demostrasi yang kononnya menuntut penambahbaikan pilihan raya itu.
Selepas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pemandu BERISH 3.0, Hishammuddin Rais mengesahkan perhimpunan haram gabungan itu sebagai usaha menggulingkan kerajaan, kini Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin tidak terkecuali dari fenomena itu.
Badrul yang lebih dikenali dengan nama gelaran 'Chegu Bard' semalam mengakui bahawa demostrasi huru-hura yang dicetuskan gabungan itu tempoh hari bertujuan merampas kuasa kerajaan sedia ada.
“Menteri Dalam Negeri kata, ‘oh, ini semua mereka nak ganas, nak ambil alih dataran merdeka...
“Kita lawan nak ambil Malaysia, bukan Dataran Merdeka. Kita bukan mahu jadi Datuk Bandar, kita nak jadi Perdana Menteri Malaysia,” kata beliau pada Ceramah Merdeka Rakyat Pasca Bersih 3.0 di Kompleks 3K di Subang malam tadi.
Putar-belit dan fitnah sememangnya sinonim dengan pimpinan Pakatan Rakyat di dalam usaha mencapai cita-cita merampas Putrajaya seperti yang didakwa.
Ini terbukti apabila setiap kali di dalam ceramah-ceramah anjuran mereka, pelbagai tohmahan dan tuduhan dilemparkan kepada kerajaan dan agensi-agensinya.
Kata lah apa pun Allah lebih mengetahui dan dah siapkan dosa pahala dan neraka syurga untuk makhluknya. Baca lah AlQuran dan Hadis dan tahu lah dimana kedudukan kita sebenar di sisi NYA.Wallahualam
BalasPadamsebab itulah dato anwar bersekongkol dengan israel kerana israel akan bantu dia untuk merampas kuasa.macam singapura juga.dulu lee kuan yu dapat merampas singapura dari kerajaan malaysia adalah atas bantuan dari salah saorang menterinya yang berbangsa israel bernama DAVID MARSHALL.jadi sekarang ni dato anwar pun nak buat macam tu.
BalasPadam