WATAKNYA sebagai Botak dalam siri Juvana mencetuskan satu fenomena. Pelakon yang tidak bersandarkan pada wajah kacak semata-mata ini boleh diterima orang ramai.
Itu kejayaan seorang anak VIP yang mampu merebut anugerah Pelakon Baru TV Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, baru-baru ini.
Bagaimanapun, sebagai selebriti muda, Johan Ariff As’ari tidak terlepas daripada gigitan gosip. Paling ketara apabila dia dikaitkan sebagai kaki perempuan yang membabitkan nama-nama besar seperti Izreen Asmida, Fasha Sandha dan Nabila Huda.
Dan itulah yang cuba dirungkaikan oleh penerbit Bilik 7, Engku Azmin Engku Zaini bersama perantaranya, Riche Rachman.
Johan pernah mendapatkan pendidikan kelas tahfiz selama dua tahun di Batam dan Jambi, Indonesia. Berkebolehan menghafal satu setengah juzuk al Quran.
Johan juga memiliki diploma Kaunseling dari Kolej Universiti Islam Melaka. Memang sesuai jadi ustaz tapi Johan memilih ke dunia panggung khayalan ini.
Juvana mempertemukan Johan dengan Izreen, kemudian menyusul siri Cinta Alysa yang digandingkan bersama Fasha Sandha yang juga mencetuskan kejayaan apabila rating amat menggalakkan. Sekali lagi, Johan menjadi perhatian selepas berlakon drama Pelangi Kasih, sebagai suami kepada Nabila.
Dalam tiga drama bersiri itu, Johan dikatakan menjalin hubungan dengan tiga pelakon wanita yang disebut tadi sehingga ada pihak yang melabelkannya sebagai kasanova.
“Itulah kehidupan dunia artis. Gosip, gosip dan gosip! Saya rasa ramai artis melaluinya. Sebenarnya, bidang lakonan bukan minat utama saya tapi ia terbit apabila melihat kakak saya terbabit secara aktif dalam lakonan.
Saya menceburi bidang ini secara kebetulan. Pihak penerbitan tertarik selepas melihat watak kecil yang saya pegang dalam drama sebelum itu. Lalu bermulalah Botak dalam Juvana.
“Awalnya hasrat saya mendapat tentangan ibu bapa tapi saya tetap ingin mencubanya. Akhirnya mereka memberi sokongan positif dengan syarat gunakan landasan ini untuk kebaikan dan jangan hanya melihat dari sudut glamor semata-mata.
Kalau berlakon jangan hanya hendak menjadi hero saja, perlu ada variasi dalam lakonan.
“Saya akur dan selepas menjalani penggambaran, maka timbul satu kesedaran bahawa pelakon pun mempunyai peranan tersendiri dalam menyampaikan mesej kepada penonton.
Itulah yang membuatkan saya bekerja keras dengan jujur dan ini adalah satu tanggungjawab. Akhirnya saya mendapat penghargaan dari peminat semua. Alhamdulillah.
“Saya bukan playboy! Kebetulan saya digandingkan dengan pelakon cantik, popular dan sensasi, maka tumpuan pihak media dan orang ramai jatuh kepada saya sebagai seorang playboy. Dan dalam setiap drama saya bertukar pasangan.
“Dari sudut positif, saya gembira dapat berlakon dengan mereka yang berpengalaman. Contohnya Fasha, sebelum memulakan penggambaran, dia mengingatkan saya, buatlah apa saja yang dirasakan sesuai untuk watak sebagai seorang suami. Dia akan beri sokongan.
Ini lebih memudahkan saya berlakon apabila mendapat kerjasama sepenuhnya dari pasangan saya. Berlakon membabitkan kerja berpasukan dan kejayaan sesebuah drama bergantung pada usaha sama itu.
“Begitu juga Izreen dan Nabila yang memberi sepenuh komitmen sehingga kami digosipkan bercinta,” kata Johan.
Pun begitu, lelaki itu tidak menafikan keistimewaan setiap artis-artis terbabit. Baginya, Izreen seorang yang ceria, mudah mesra dan komited. - MyMetro
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.