Sudah semakin jelas, puak - puak Pakatan Pembangkang ni memang suka ingkar dengan titah Tuanku Sultan secara terang - terangan.
Dalam titah Tuanku Sultan Selangor baru - baru ini, jelas mesej yang hendak disampaikan dan tak perlu sebarang penjelasan panjang. Baginda mahu isu air di Selangor selesai.
Selain itu, DYMM Sultan Selangor juga turut menegaskan agar isu air ini tidak dijadikan bahan Politik demi untuk kepentingan rakyat jelata Negeri Selangor.
Semua orang sedar bahawa titah Tuanku Sultan itu ditujukan secara terus kepada Si Khalid Gagap serta kepimpinannya yang jelas GAGAL menangani isu tersebut.
Ianya ekoran daripada keengganan mereka untuk membina Loji Langat 2 yang melibatkan bekalan air mentah dari Negeri Pahang.
Dalam isu ini, Si Minah Muka Berminyak tu tampil memberikan komen yang cukup bangang seperti biasa dengan tuduhan serta dakwaan yang tak masuk akal.
Kata dia, janji yang diucapkan oleh seorang pemimpin UMNO bahawa BN akan selesaikan masalah air sekiranya berjaya tawan Selangor hanya untuk memancing undi.
Kata Si Faekah tu, ianya hanyalah muslihat untuk memberi 'makan' kepada kroni - kroni dan diri pemimpin itu sendiri sahaja.
“Rakyat akan tahu bahawa projek ini sebenarnya untuk kepentingan kroni dan Umno malah Noh sendiri, bukannya untuk kesenangan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Jelas, Si Faekah Muka Berminyak ni tidak pernah sekali pun mengutamakan nasib rakyat yang sengsara akibat kekurangan bekalan air di Negeri Selangor.
Sebaliknya, dia hanya menumpukan perhatian terhadap Politik semata - mata. Apa sahaja isu akan dijadikan bahan Politik oleh puak - puak Pembangkang ni.
Kalau diorang takut projek air tu akan menjadi 'makan' untuk pemimpin UMNO dan kroni - kroninya, kenapa diorang sendiri tak selesaikan projek tersebut?
Takut diorang sendiri kantoi bagi makan pada kroni - kroni sendiri ke macam isu pasir kat Selangor tu? Kalau diorang yang makan, tak pe pulak?
Inilah dasar dan sifat puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Diorang ni setakat tau bercakap je, tapi bila suruh buat, satu Hapah Pun Diorang Tak Reti!!! Kalau setakat bercakap, semua orang pun boleh buat!!! Suruh budak tadika pun tau!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.