"Bukti terbaik adalah video rakaman,". Ayat ini memang cukup menikam kalbu.Ia kurang menarik kalau Hamba Allah lain yang cakap.
Sebaliknya ia layak masuk dalam buku kata-kata pujangga kerana ayat ini tidak lain tidak bukan muncul dari Nurul Izzah anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.
Cuma Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai ini bercakap dalam kontek kekecohan yang berlaku semasa ceramah PKR dan UMNO di kawasan Pantai Permai di Lembah Pantai Khamis malam.
Dakwanya ada video untuk membuktikan provokasi kejadian baling batu dan telor semasa ceramah yang menyaksikan Ummi Hafilda Ali berentap berceramah dengan Anwar dan Nurul di situ dimulakan oleh orang UMNO.
Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai Mohamad Sazali Kamilan sebaliknya mendakwa kekecohan bermula bila Anwar dalam ceramahnya menyebut " UMNO sial".
Katanya dalam kejadian itu ada juga orang disebelah ceramah UMNO yang cedera terkena balingan objek keras.
Bab sailng tuduh memuduh itu satu hal. Namun kenyataan Nurul Izzah yang bercakap tentang bukti dalam bentuk video itu telah mengundang reaksi dikalangan ramai pihak.
Agendadaily sendiri menerima banyak panggilan kalangan pembaca yang mempersoalkan ' kebijaksanaan' anak Anwar ini bercakap tentang soal video.
Kata mereka sebelum ini puak itu bukan main geli dengar tentang video. Ini bila terkena batang hidung sendiri video terus dijadikan alat tempat bersandar untuk membuktikan kebenaran.
"Minta tolong cakap pada Nurul tolong tengok baik-baik video bapanya sedang bagi signal pada Azmin sebelum rempuhan ke Dataran Merdeka berlaku masa Bersih 3.0.Tanya samaada dia setuju tidak bapanyalah pencetus kekecohan itu ,"kata seorang pembaca dari Kampar,Perak.
Kata pembaca itu dari pemerhatian telitinya sudah cukup jelas siapa dalangnya. Namun katanya Anwar dengan wajah selamba menafikanya.
Seorang pembaca dari Seremban dengan nada cukup sinis meminta Nurul menilai pula video seks 99.9 peratus tulin yang dikaitkan dengan bapanya.
"Kalau nak bercakap tentang video kenalah berlaku adil...bagaimana dengan video itu.Orang politik kata fitnah memang senang apa lagi kes ini libatkan bapa sendiri,"katanya.
Pembaca itu kata jangan kata Nurul malah seluruh pimpinan pakatan pembangkang terus terkedu tidak berani meminta siasatan terbuka dibuat untuk memastikan secara muktamad kebenaranya.
"Kerja mereka cuma nafi dan nafi...sedangkan kami yang melihatnya sudah 99.9 peratus pasti siapa pelakonnya,"katanya.
Apa lagi,katanya dengaan adanya video CCTV Anwar dan Datuk Sharzly Eskay Abdullah sedang naik turun lif apartmen itu.
"Kenapa dalam bab itu Nurul tidak bertegas mahukan kebenaran...atau kata bukti terbaik adalah video rakaman,"dia bertanya.
Beberapa pembaca lain meminta Nurul tidak emosional dalam bab kejadian di Lembah Pantai itu sehingga polis selesai buat siasatan.
"Silap cakap nanti kain sendiri yang terselak...," kata mereka. Bagi mereka sikap double standard pembangkang ' sudah naik ke paras hidung'!!! - setersusnya...
Nak nasihatkan nurul izah..kalau tengok video cina doll tu bawak sekali mak ko..pastu tanya dia kote bemgkok tu sama tak dengan papa punya...mesti mak ko tau jawapannya....
BalasPadamHahahahah.... Macam2lah Anak Lenggong ni. Aduiiiii... sakit perut aku baca komen ni. Tp mungkin ada betulnya. hahahahaha......
BalasPadam