Sesungguhnya, apa sahaja yang berlaku dalam dunia ini adalah ketentuan Allah. Mungkin kerana itu juga Kebenaran tidak dapat dielakkan.
Mungkin kerana dikelirukan oleh beberapa pihak, geng - geng Anak Muda Kecoh ni pun hilang arah. Diorang mula buat provokasi sebab ingat Si Saiful Bukhari tu ada sama.
Ianya rentetan dari kejadian insiden kekecohan yang ditimbulkan di Lembah Pantai baru - baru ini. Mungkin juga, sebab itulah puak - puak Parti Kecoh Ramai ni buat huru hara tak tentu arah. Sebab nak balas dendam rupanya!!!
Pagi ini JoePisang dimaklumkan dari rangkaian wartawan JoePisang bahawa ada Press Conference akan dibuat oleh Pemuda UMNO Lembah Pantai di Bangsar.
Cepat-cepat JoePisang pergi. Di situ Ketua Pemuda UMNO LPantai Datuk Mohd Sazali Kamilan dan Ketua Penerangan UMNO LPantai Datuk Ibrahim TambyChik sudah pun memulakan Press Conference mereka.
Di dalam PC ini, antara yang gempar ialah apabila KP UMNO LP mendedahkan bahawa si mangsa dari UMNO yang diserang batu malam itu ialah Mohd Saiful Bukhari.
Adakah ini dendam Anwar Ibrahim sebab Mohd Saiful Bukhari yang menuduhnya liwat sambil makan karipap dulu.
Sehingga seluruh negara kenal dengan password "Mokhtar" dan CIFUT (Can I Fuck You Today?) Rupa-rupanya ini Saiful Bukhari yang lain.
Menurut Datuk Sazali lagi, walaupun Pemuda UMNO menjadi mangsa baling batu, pihak UMNO Lembah Pantai tidak menuduh sesiapa pun sebab keadaan gelap.
Batu, botol mineral water penuh berisi, telur dan sebagainya boleh dibaling oleh sesiapa pun. Tidak ada sesiapa yang nampak dan kenal siapa pembaling-pembaling objek ini, sama ada yang ditujukan kepada Pemuda UMNO yang sedang mendengar ceramah Ummi Hafilda mahupun pada pendengar ceramah PKR.
Tahniah kita ucapkan pada Pemuda UMNO yang tidak menuduh sesiapa. Ini berlainan dengan Ketua Pakatan Rakyat, yang belum apa-apa telah di hadapan para hadirin beliau malam itu menjerit-jerit "UMNO sial", "UMNO Celaka"!
Tadi juga Datuk Ibrahim sempat menyelar Anwar Ibrahim yang busuk mulutnya tak ada insuran. JoePisang harap Wan Azizah dapat cabaikan sikit mulut Anwar. Tak elok orang tua mulut busuk begitu.
siapa jar kita utk mengganas? Fikirlah. Siapa bawa budaya ganas?
BalasPadamMuak aku dgn perangai manusia bernama AI, semua nya kerana Peribadi. Nape la pengikut2 nya tak sedar. Kalau dia naik pun, dapat penat je. Cukup la AI, jangan pecah belahkan Melayu, sbb kau nanti, semua rugi setelah 50 tahun, Melayu jadi Layu
BalasPadamJIKALAU KAT SIAM KAT SAH KENA SUMBAT KAT WAD ORANG GILA.
BalasPadam