Rabu, Mei 16, 2012


JIKA sebelum ini mereka hanya jeling-menjeling, bertegur sekadar sebagai rakan artis saja. 
Namun hanya kerana bertembung menerusi Mania, penyanyi jelita, Atilia dan Alyah kini bagaikan belangkas yang susah untuk dipisahkan. 

Program realiti itu menyatukan persahabatan mereka. Malah, pada sesi fotografi yang diatur Isnin lalu, gelagat mereka memang seperti sahabat yang sudah bertahun lamanya kenal. 

Usik-mengusik, saling berpelukan, bergelak-senda, langsung tidak terlintas bahawa hakikatnya mereka baru sebulan dua bersahabat.

Menceritakan detik bagaimana mereka mula rapat, Atilia yang jelas lebih banyak bercakap berkata, dia amat bersyukur terbabit dalam Mania kerana bukan saja menimba pengalaman malah mendapat seorang sahabat sejati.


“Kalau diimbas kembali, pertama kali saya berkongsi pentas dengan Alyah adalah sewaktu menyertai satu program televisyen iaitu Tiada Lama Tiada Baru. Mulanya, ibu saya yang terlebih dulu rapat dengan Alyah dan pernah memujinya. 

Namun jujur saya katakan, pada kali pertama melihat Alyah, saya anggap dia seorang yang agak sombong ditambah pula dia jarang bercakap.

“Bagaimanapun, persepsi itu nyata berubah seratus-peratus kerana selepas sama-sama menyertai Mania, ternyata dia seorang yang banyak cakap juga. Ada satu insiden, saya memang terkenal sebagai artis yang sering membawa makanan di belakang pentas dan suatu hari, Alyah ‘tweet’ saya mengatakan dia sedih kerana saya tidak memberinya nasi goreng.

“Bermula saat itu, kami semakin rapat dan dia juga antara artis yang sentiasa menyokong saya dalam pertandingan itu. Kebetulan pula, Alyah berpindah dan rumah kami betul-betul bertentangan. Tetapi, insiden yang menjadi titik-tolak bagaimana saya boleh mempercayai dia sebagai seorang sahabat sejati adalah ketika tersingkir di Mania.

“Pada malam itu juga Alyah menghubungi saya dan menawarkan untuk mengikutnya ke luar negara bagi meredakan kesedihan. Saya memang tidak berfikir panjang, pada keesokan malamnya juga kami terbang ke Medan dan tinggal selama dua hari di sana. Apabila sudah berdua, kami mula berbual, bercerita dan meluahkan isi hati masing-masing.

“Saat itu, saya mula menyedari sangat serasi dan selesa berkawan dengan Alyah. Dia sememangnya seorang sahabat yang sangat memahami dan boleh dipercayai. Walaupun pada dasarnya, umur saya lebih tua berbanding dia, namun dia sering menganggap dirinya kakak dan sekarang ini hubungan kami sudah seperti adik-beradik,” ujar puteri kepada Salamiah Hassan itu.

Demikian juga yang terjadi kepada Alyah. Dia tidak pernah menyangka akan menjadi rapat dengan Atilia namun itulah sebenarnya antara hikmah di sebalik penyertaannya di Mania. 

“Sejak rapat di Mania, Atilia juga banyak memberi kata perangsang kepada saya sewaktu belum disingkirkan. Kalau diikutkan, saya sebenarnya lebih rapat dengan ibunya, namun mengenali Atilia, dia seorang rakan yang sangat baik dan memahami. Atas dasar kepercayaan, biarpun baru rapat dengannya, kami sudah boleh berkongsi banyak perkara, meluahkan pendapat masing-masing dan sering berbual mengenai industri,” ringkas jawapan penyanyi Kisah Hati ini.

Bercerita mengenai Mania, Alyah yang tersingkir pada minggu kelapan, seminggu sebelum penentuan artis mana layak ke final, dia tidak menafikan sedikit terkilan dengan keputusan itu.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping