Jumaat, Mei 11, 2012


Sebelum korang baca pendedahan dibawah, Semut ada satu soalan nak tanya. Kenapa bila Pakatan Pembangkang buat dakwaan orang senang percaya?

Sebelum ini, puas diorang menyalak kat dalam akhbar Keldaian Daily kata 'Najib Mintak 3billion Dari Syarikat Kapal Selam'. Terus rakyat pun angguk kepala.

Sebab apa? Sebab kononnya mereka ada salinan faks dari seorang Peguam Perancis mengenai perkara tersebut. Padahal, salinan faks tu pun entah betul, entah ke tidak.

Tapi, kenapa pulak rakyat tak percaya bila cerita mengenai mereka keluar seperti pendedahan dibawah ni sedangkan yang menyampaikannya orang diorang sendiri? Tak ke pelik tu?
GA - Sebelum ini pernah blog ini nyatakan bagaimana bantuan pilihanraya buat PKR akan terus datang daripada Negara Turki. Setakat ini, Dr Mansor Othman (DCM Penang) sedang dalam proses negosiasi, tentang bantuan apa yang perlu dan tidak – di samping memastikan kaedah bagaimana bantuan Turki dapat dibawa masuk ke Malaysia. Macam-macam kaedah sedang dikaji.
Dr Mansor diingatkan oleh Turki bahawa pemindahan wang ke dalam akaun PKR (atau mana-mana pemimpin) boleh menjadi masalah. Jika boleh, kali ini, ianya mesti dilakukan secara ‘manual’ dan tidak menarik minat mana-mana agensi keselamatan Malaysia. Mereka sedang dalam kajian akhir mengenai perkara ini.
Selain daripada bantuan Turki, PKR (di atas nasihat Penasihat Kewangan Negeri) juga tidak melupakan jalan lain dalam mencari sumber kewangan yang lebih banyak. Antara yang dikenalpasti untuk menjadi ‘golden geese’ kepada PKR adalan PKNS. Setakat ini, menurut sumber HQ, beberapa projek PKNS sudahpun menyalurkan sejumlah dana kepada tabung pilihanraya. Perjanjian pembangunan secara joint venture adalah jalan yang paling selamat. Antara projek yang dikatakan menjadi sangat penting kepada dana pilihanraya – sekaligus mempertahan Selangor adalah seperti berikut:-
1. Datum Jelatek (mixed development consisting of four residential towers and retail podium): RM900 juta
2. Sports City, Kelana Jaya (sports-themed mixed development): RM1.8b
3. PJ Sentral Garden City, Petaling Jaya (integrated urban regeneration project): RM2.6b. Khabarnya kebanyakan ‘kickback’ akan disalurkan kepada DAP.
4. PJ Elevated City (SoHo suites, retail space, al-fresco restaurants, hostels): RM3b
5. Aquavilla, Shah Alam (gated community): RM20juta
6. 90 degrees Residence 1, Selangor Science Park, Cyberjaya: RM118.16 juta
7. Aura, Setia Alam (gated community): RM58 juta
8. Menara Worldwide: RM350 juta

Pemain ekonomi yang sudah lama bekerjasama dengan PKNS semakin diketepi. Kebanyakan usahasama baru yang digubal dalam PKNS (semasa pemerintahan PKR) memerlukan ‘blessing’ Anwar/Azmin. Ini yang dikhabarkan. Tanpa ‘blessing’ atau restu kedua-dua strategis utama PKR ini, nothing will be done.
Soalan utama: apakah semua usahasama ini dilakukan secara tender terbuka? Atau ‘selected tender’? Ataupun, berdasarkan ‘quotation’ yang dihantar sesalinan kepada Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor?
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping