Rabu, Mei 16, 2012


Bagi yang tak faham artikel yang Semut buat malam semalam, kena baca semula artikel tersebut sebelum meneruskan dengan bacaan dibawah. Klik kat sini.

Kesimpulannya mudah. Dalam keadaan yang cukup getir menghadapi musuh yang lebih ramai dari kita, setiap strategi taktikal perlu diambil berat.

Maknanya, setiap komponen dalam satu unit peperangan itu ada harga masing - masing. Kedudukan dan tugas masing - masing perlu didahulukan.

Jangan setakat nak kaji ghanimah yang ada didalam khemah tentera Quraish sehingga membenarkan puak - puak musuh untuk menawan kedudukan strategik kita sendiri.

Tapi, memandangkan ada sekelumit rasa dalam hati yang masih tidak memikirkan perkara tersebut bakal mengakibatkan kemusnahan yang tidak dapat kita bayangkan.

Cuba fikir. Jika Pemanah Bukit Uhud tidak ingkar dengan arahan Rasulullah, adakah mungkin untuk Khalid mengambil peluang menawan Bukit Ainadin?

Tentu tidak!!! Pergerakan Khalid hanya dikekang oleh pemanah - pemanah tersebut. Tetapi disebabkan ghanimah, maka kelemahan utama umat Islam akhirnya jatuh ke tangan Khalid.

Nak kata yang Pemanah - Pemanah diatas Bukit Aniadin tu tak de pengalaman? Mustahil!!! Mereka ada pengalaman yang mencukupi bagi memahami tahap kritikal dalam perang.

Jadi, untuk kata mereka tidak tahu, adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Tinggal lagi, mereka hanya tahu, tetapi tidak melakukan. Itu sahaja kesilapan mereka.

Kita juga kena ingat. Kekuatan tentera musuh bukan sebab bilangan mereka ramai. Tapi mereka kekal dikedudukan masing - masing dan tidak berpecah belah!!!

Bagi mereka tujuannya hanya satu, Untuk Menumpaskan Musuh Dalam Keadaan Apa Sekali Pun!!! Selagi musuh tak mati, selagi itu mereka akan tetap bersatu!!!

Maka, Semut seru seluruh umat Islam yang ada di Malaysia ni. Baik dari kalangan parti mana atau kumpulan mana sekali pun. Jangan la kita jadi Pemanah di Bukit Uhud kerana yang rosaknya nanti diri kita sendiri!!! Sedar la sikit. Kita ni tengah berperang!!!
Categories:

4 ulasan:

  1. apalah punya artikel nie? senang cakap straight to the point aje.........MKP keliru.........?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul tu kata MKP, kebanyakan orang sekarang ni bukannya paham sangat kata kata kiasan. Orang sekarang ni banyak sangat terdedah dan dibuai dengan cerita-cerita tahyul dan komik komik. Tapi macam mana pun apa yang dikata kan oleh Semut Hitam eloklah kita ambil perhatian. Sebelum nasi menjadi bubur.

      Padam
  2. Kalau nak turun perang, orang tu perlu tahu apa tujuan perjuangan dia.

    Buat la apa sahaja, yang pasti tujuan tu berjaya dicapai.

    Kalau mudah keliru, jangan salahkan orang lain. Sebab tujuan perjuangan tu kita sendiri yang tetapkan.

    BalasPadam
  3. Untuk si MKP dan tukang telek, kamu semua ni tak sabar dalam membaca.
    cuba letakkan diri dan tahap pemikiran tu keatas sikit, baru lah boleh faham. Isi dan hujahan nya padat. Minta maap la kalau tak mampu melonjak tahap pemahaman tu....Beza antara manusia dan bukan manusia ialah manusia lebih faham dengan kiasan dan contoh contoh. 'Straight to the point' tu adalah asuhan musuh islam supaya minda orang islam tidak dapat berlatih untuk berfikir dan seterusnya mudah dipesongkan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping