Tatkala UMNO menghimpunkan penyokong - penyokong kuatnya dari seluruh Negara, Si Ketua Penipu tu hanya tinggal dalam keadaan yang cukup mengaibkan.
Ratusan ribu rakyat Malaysia semalam telah membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menunjukkan sokongan tanpa belah bagi kepada UMNO dan Barisan Nasional.
Tetapi, dalam masa yang sama, Si Ketua Penipu tu tidak hanya duduk berdiam diri. Sebaliknya dia terus mengadakan kempen dia diseluruh Malaysia.
Berapa ramai yang datang ke ceramah Si Ketua Penipu tu malam tadi? Hanya sekitar 6000 sahaja. Itu pun entah ye ke tidak. Entah - entah 600 je.
Maklum la, Si Ketua Penipu tu memang suka menokok tambah angka setiap kali dinyatakan dalam media. Orang kata 30ribu. Dia tambah jadi 300ribu.
Walaupun dikatakan dia berjaya kumpul 6000 orang sahaja, UMNO berjaya menghimpunkan ratusan ribu penyokong dalam suasana yang aman.
Tak de la macam yang dilakukan dek Si Ketua Penipu tu. Himpun pengikut semuanya untuk memusnahkan Negara dan hanya memburuk - burukkan orang lain semata - mata.
Itu je la agenda dia pun. Bukannya dia ada agenda lain. Lepas tu, tabur la janji - janji yang dia sendiri pun belum tentu dapat tunaikan.
Konon kata nak turunkan harga minyak, hapuskan PTPTN dan mansuhkan AUKU. Itu je la janji yang dia mampu buat kepada 6ribu orang pengikut dia tu.
Habis, macam mana pulak dengan janji dia di Selangor? Kata nak bagi elaun anak sekolah, elaun suri rumah dan elaun warga emas secara bulanan.
Yang itu dia nak hapuskan jugak ke? Bila dia nak buat? Apa alasan yang dia bagi? Nak kata Negeri tak mampu padahal Negeri untung berbillion - billion setahun.
Jadi, kenapa yang itu dia tak buat? Ke sebab dia kata dia tak mampu kerana masih belum mentadbir Putrajaya? Itu je la alasan yang dia selalu pakai pun.
Nampak sangat la Si Ketua Penipu tu hanya mampu menabur janji kosong semata - mata. Hakikatnya, satu hapah pun dia tak mampu nak laksanakan. Sedangkan maruah diri dia pun dia tak mampu nak jaga, inikan pulak nak jaga rakyat Malaysia!!! Korang fikir la sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.