Jumaat, Jun 08, 2012


JIKA muzik tidak berubah, Madonna akan mengubahnya. Ini kerana setiap kali menghasilkan album, penyanyi dan penari berambut perang ini pasti menutup mulut pengkritik mengatakannya sekadar artis biasa dan tiada bakat sebaliknya lebih banyak bergantung pada orang lain untuk berjaya dalam bidang nyanyian.

Apapun kritikan mengenai Madonna, kehadiran lagu barunya sentiasa dinantikan peminat. Walaupun sudah berusia 53 tahun, dia tetap bertenaga dan kini tampil dengan album baru bertajuk MDNA, dilancarkan Mac lalu di naungan syarikat rakaman baru, Interscope Records. 


Album MDNA menampilkan elemen electro dance pop dan dubstep yang berbeza daripada kebanyakan album pernah dihasilkan sebelum ini. 

Sebaik saja ia dilancarkan, MDNA menduduki tangga pertama di Sepanyol, Itali, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia. 

Apa yang dapat dikatakan, album ini bukan jenis mementingkan melodi seperti Material Girl, I’ll Remember mahu pun This Used To Be My Playground. 

Secara peribadi, album MDNA tidak sesedap seperti kebanyakan lagu yang pernah melonjakkan vokal Madonna yang dikenali ramai salah seorang penyanyi wanita paling berpengaruh dalam sejarah muzik kontemporari.




Namun apa yang pasti, karakter nakal Madonna masih seksi, ‘dark’ dan bersifat terbuka berdasarkan konsep, tajuk lagu dan mesej muzik ditonjolkan dalam MDNA. 

Pada usia lebih separuh abad, dia masih bertenaga dan suka dengan setiap apa dilakukan dan peliknya, peminat sentiasa memberi sokongan walaupun ada mengatakan Madonna tiada bakat.



Secara keseluruhan album MDNA memuatkan lagu seperti Girl Gone Wild, Gang Bang, I’m Addicted, Turn Up The Radio dan Some Girls. 

Muzik album ini seperti lagu orang muda dan sesuai untuk golongan remaja suka bersosial, mengunjungi disko atau kelab malam. 

Tidak keterlaluan Madonna dapat menyesuaikan dirinya dalam dunia muzik yang moden yang melampaui zaman gemilang era 1980-an dan 1990-an pernah dikecapinya. 

Jika ada lagu yang boleh dihargai dalam album MDNA, lagu Masterpiece ada ‘kick’ dengan lirik menarik yang ada rentak dan emosi seperti lagu The Power Of Goodbye. 

Jika sudah ada nama, apa saja dibuat, pasti ada mahu mengikut formula digunakan. Pada penghujung Mei lalu, Madonna menyindir Lady Gaga kerana meniru lagu Born This Way yang diceduk daripada lagu Express Yourself. 

“Saya dapat mengenali lagu itu menerusi pertukaran chord dibuat. Saya rasakan dia banyak merujuk kepada saya kerana apa pernah dilakukannya sekarang, saya sudah buat lebih 20 tahun lalu,” katanya. 

Madonna juga sedang membuat jelajah serata dunia bermula 31 Mei hingga 22 Disember hujung tahun ini di lebih 30 lokasi di serata dunia mempromosi album baru MDNA dan tujuan keamanan dunia. 

Madonna mula menawan dunia pop pada pertengahan 1980-an dengan lagu Material Girl, True Blue, La Isla Bonita, Pada Don't Preach dan Vogue. 
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping