JIKA dahulu gaya dan pemakaian pelakon Diana Amir dilihat agak moden dan seksi, kini dia tampil dengan wajah baharu.
Sudah meninggalkan terus penampilan lamanya, ternyata dia sekarang kelihatan semakin ayu dan cantik setelah berhijab.
Bagaimanapun, segala perubahan yang berlaku terhadap dirinya sejak akhir tahun lalu ternyata tidak pernah menghalang dirinya untuk terus bergelar sebagai seorang pelakon.
Sewaktu ditemui semasa sesi fotografi eksklusif bersama Kosmo! baru-baru ini, pelakon berkenaan memberitahu, dia tidak pernah terfikir untuk bersara daripada bidang lakonan.
"Sehingga kini saya masih lagi menerima tawaran dan tetap mahu berlakon, namun saya terpaksa lebih selektif dan hanya menerima watak-watak yang tidak memerlukan saya untuk membuka tudung.
"Selama ini saya memilih untuk menjadikan lakonan sebagai karier kerana minat yang mendalam, meskipun saya mempunyai kelulusan yang membolehkan saya mendapat pekerjaan yang baik," ujarnya yang tampak anggun mengenakan busana rekaan Ammara Hijabi.
Bagaimanapun, Diana memberitahu selain berlakon, dia juga sudah mempunyai perancangan iaitu menjalankan perniagaan dengan membuka sebuah butik pakaian muslimah pada masa akan datang.
Sementara itu, Diana yang ditemui akhir bulan lalu, kini berada di kota Mekah untuk menunaikan umrah buat pertama kali dalam hidupnya. Sudah berangkat ke Tanah Suci sejak 8 Jun lalu, dia turut ditemani dua rakan artis iaitu Irma Hasmie dan Heliza AF.
Ujarnya pada pertemuan sebelum berangkat ke Mekah: "Saya akan berada di sana selama 12 hari. Memandangkan tidak pernah ke Mekah sebelum ini, sudah tentu saya sangat teruja untuk menjejakkan kaki ke sana. Boleh dikatakan saya agak berdebar, tetapi gembira apabila peluang untuk menjejakkan kaki ke sana tercapai."
Selain mahu mengambil peluang yang terbuka untuk beribadah, Diana tanpa berselindung memberitahu, dia akan berdoa di hadapan Kaabah agar dapat bertemu dengan seorang lelaki yang baik untuk menjadi suami.
Ujarnya, pada usia yang sudah mencecah 26 tahun, dia tidak boleh terlalu memberi tumpuan kepada kerjaya semata-mata dan sudah tiba masanya untuk memikirkan tentang teman hidup.
"Kalau boleh saya ingin menjadi seperti Irma yang berdoa di depan Kaabah, dan akhirnya bertemu jodoh di sana. Malah, dia juga ada berpesan supaya berdoa bersungguh-sungguh sekiranya menginginkan setiap perkara yang dihajati," ujarnya.
Menurut Diana, dia juga tidak akan mengambil masa yang lama untuk bercinta dan akan terus mendirikan rumah tangga sekiranya sudah bertemu dengan lelaki yang sesuai dengan dirinya.
Ps: Semut doakan semoga Si Diana dapat menemui insan yang baik dan beramal soleh serta mampu membimbing dia ke jalan yang benar. Amin, Ya Rabbil Alamin.
x cun pun dia ni..
BalasPadam