Hasrat untuk meneruskan misi merebut Piala Eropah tahun ini menjadi semakin sukar buat pasukan Belanda biarpun mereka masih berbaki satu perlawanan menentang Portugal.
Sebelum ini, pasukan Portugal berjaya menewaskan Denmark dengan keputusan 2-3 seterusnya menempatkan mereka berkongsi mata ditangga kedua dan ketiga.
Walaupun skuad pasukan 'The Orange' banyak menguasai permainan, namun jentera serangan mereka tetap gagal membolosi gawang gol Jerman.
Gol awal Jerman dijaringkan pada minit ke 24 oleh penyerang berbiasa mereka, Mario Gomez yang kemudiannya menjaringkan gol kedua pada minit ke 38.
Mesut Ozil juga cuba untuk mencipta nama sebagai penjaring buat Jerman, tetapi gagal. Percubaan menariknya telah berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol Belanda.
Babak kedua, serangan Belanda masih lagi diteruskan. Namun, masih juga buntu untuk membuat sebarang jaringan gol.
Pasukan Belanda akhirnya hanya mampu membawa gol saguhati hasil jaringan cantik dari pemain Arsenal, Robin Van Persie pada minit ke 73.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.