Khamis, Jun 28, 2012


Hahaha!!! Udah la kat luar dia kantoi tak buat kerja. Masuk dalam Parlimen pun bodoh - bodoh je kena balun balik. Apa guna dia jadi Ahli Parlimen kalau macam tu.

Semua dakwaan, semua tuduhan yang dilemparkan sebelum ini dijawab satu persatu didalam sidang Parlimen berdasarkan fakta dan juga rujukan. Apa lagi dia nak spin lepas ni aganya ye? Jangan sampai kepala dia yang berPoo...Singh sudah la!!! Hahaha...
Akhirnya, Nurul Izzah terpaksa menerima hakikat bahawa tidak ada perbicaraan yang berlangsung di Perancis mengenai isu kapal selam Scorpene.  
Dalam Sidang Parlimen 26hb Jun baru-baru ini, Nurul Izzah antara lainnya bertanya sekiranya Malaysia akan memohon untuk menjadi pemerhati di Mahkamah Tribunal Perancis untuk mendapat akses kepada siasatan berhubung kes tersebut.
Y.B Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi menjawab bahawa keperluan itu tidak timbul kerana pihak Perancis telah memaklumkan bahawa tiada perbicaraan yang berlangsung mengenai kapal selam scorpene di negara itu.
Nurul Izzah kemudiannya akur dengan jawapan tersebut dan bertanya lagi sama ada Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut.
Ianya dijawab oleh Menteri Pertahanan sebagai tidak perlu kerana pembelian kelengkapan angkatan tentera dibuat mengikut tatacara perlaksanaan kontrak perolehan pertahanan negara. 
Maka dengan itu, semakin jelaslah penipuan SUARAM mengenai perbicaraan di mana Nurul Izzah sendiri telah mengesahkannya apabila memohon penubuhan Suruhanjaya DiRaja sebagai ‘ganti’.
Benar, bahawa penyiasatan sedang dijalankan mengenai urusniaga kapal selam oleh syarikat DCNS di Perancis.  
Tetapi, penyiasatan itu tidak ada kena mengena dengan kerajaan mahupun pemimpin-pemimpin di Malaysia, tetapi melibatkan syarikat tersebut, dengan ahli-ahli politik di sana. 
Ia masih di peringkat siasatan dan bukannya perbicaraan.  Nama Altantuya Shaariibuu juga langsung tidak terlibat, malah nama Perdana Menteri juga tidak disebut.
Untuk SUARAM membangkitkan soal sapina merupakan sesuatu yang amat lucu sekali kerana bagaimana untuk mengsapina sesiapa jika perbicaraannya tidak ada?  
Pembangkang bukan sahaja mempunyai tabiat yang suka menipu tetapi lebih buruk lagi ialah mereka sanggup menipu tanpa batasan.
Tidak cukup mereka memburukkan sistem kehakiman dan pihak berkuasa di Malaysia, kini mereka turut membadutkan hakim dan mahkamah Perancis pula.
Malah mereka juga menggambarkan polis Perancis sebagai tidak cekap kerana tidak mampu mengesan kemasukan Altantuya ke negara tersebut.  
Mereka juga sanggup mengheret orang yang telah mati untuk dijadikan modal politik secara berterusan memandangkan orang tersebut tidak mampu membela diri atau menjelaskan apa-apa lagi.
Mereka juga tidak malu menggunakan nama orang yang masih hidup seperti Jasbir Singh Chahl, yang ditohmah kononnnya akan disapina untuk hadir ke perbicaraan fantasi mereka.  
Walaupun telah terkantoi berkali-kali, mereka tetap berdegil ingin mengasak isu yang sama.   
Ramai di kalangan rakyat mula bertanya, setelah jelas kini bahawa isu ini sengaja diada-adakan oleh pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, maka apakah ia bermakna pembunuhan Altantuya juga didalangi oleh mereka? Korang fikir la sendiri!!!
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. PAKATAN RAKYAT MEMANG KAKI FITNAH..DIA HIT AND RUN

    BalasPadam
  2. Lepastu buat muka sadin aje mcm x bersalah aje hampedhh depani

    BalasPadam
  3. Orang tua kat kg aku kata orang macam ni,HEMPURAS/SAMPOLIMOK!mungkin budak2 muda dh kurang guna.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping