Usah menilai para artis kembali kurus semuanya berkat pertolongan pusat rawatan pelangsingan badan.
Bagi pelakon jelita Sari Yanti Mohamad Nazari atau Sari Yanti, 28, ibu kepada dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy,2, dan Basit Al Haq, tujuh bulan, menegaskan dia tidak menaruh kepercayaan terhadap pusat pelangsingan badan.
Katanya: "Sari tidak percaya dengan pusat rawatan pelangsingan badan. Maksud Sari, tempat berbayar seperti itu sememangnya boleh menguruskan badan kita dengan cepat.
"Namun dalam masa yang sama, mereka tetap akan suruh pelanggan mengamalkan diet. Kalau tidak macam mana boleh berkesan.
"Jadi, baik Sari menjalani proses melangsingkan badan dengan sendiri," ujarnya yang juga tidak mengambil jamu dan menjalani proses pantang secara ketat dan serius."
Sebaliknya, kongsi pelakon drama Paan dan Faiz itu, ketika berpantang dia hanya mengambil buah-buahan. Walaupun ada yang mengatakan ketika berpantang tidak boleh ambil sebarangan buah-buahan tetapi bagi Sari, dia tetap makan semua jenis buah-buahan.
"Ia elok untuk mengelakkan wanita selepas bersalin terkena sembelit. Ketika bersalinkan anak sulung iaitu Barr, Sari mengakui tidak sukar untuk menurunkan berat badan tetapi ketika mengandungkan anak kedua iaitu Basit, memang susah sikit nak kuruskan badan.
"Sari terpaksa mengambil masa selama tujuh bulan untuk kembali ke bentuk asal selepas bersalinkan Basit. Sari juga terpaksa kawal makan nasi dan mengambilnya dalam jumlah yang sedikit," luahnya yang turut mengamalkan senaman renang setiap minggu.
Berkongsi berat badannya ketika dan selepas mengandung, katanya, ketika mengandungkan anak pertama berat badannya meningkat daripada 42 kilogram kepada 65 kilogram. Bagaimanapun, dia berjaya memperoleh berat badan asal dalam masa beberapa bulan.
Sebaliknya, ketika mengandungkan anak keduanya, berat Sari hanya meningkat sehingga 57 kilogram sahaja, namun dia terpaksa mengambil masa selama tujuh bulan untuk kembali ke berat yang asal.
Jika anak pertama, Sari hanya kembali berlakon sebaik Barr Al Aliy berusia lapan bulan. Namun, selepas bersalin anak kedua, habis sahaja tempoh berpantang, Sari sudah bergegas melunaskan wataknya dalam drama BFF... Teman Tapi Mesra.
Memang ketika itu, pelakon itu kelihatan sedikit berisi ketika berlakon dalam drama tersebut.
Tidak membiarkan dirinya menjadi buah mulut peminatnya, Sari kembali ke bentuk badan asal dan membuktikan dirinya kembali langsing ketika berlakon dalam drama Paan dan Paiz yang kini ditayangkan pada setiap hari Rabu di TV3.
Bagus..mesti de target nk turunkan berat badan....
BalasPadamBagus..mesti de target nk turunkan berat badan....
BalasPadam