Sabtu, Julai 28, 2012


Bila baca balik kenyataan terkini berkaitan dengan isu pasal projek Loji Langat 2 ni, Semut teringat pulak cadangan Yang Paling Bijak pernah dibuat oleh Si Khalid Gagap tu.

Kata Si Menteri Besar Badut tu, kalau air di Negeri Selangor tak mencukupi, kerajaan Negeri Selangor akan cari alternatif lain untuk membawa air dari Tasik Kenyir.

Korang bayangkan la. Punya la bijak Si Khalid Gagap ni punya cadangan sampai tak terfikir pun dek orang lain. Dia nak ambik air kat Tasik Kenyir!!!

Sekarang ni, kerajaan Negeri Pahang nak salurkan air, terowong pun dah hampir siap, Si Khalid Gagap ni mentah - mentah tolak. Padahal, Pahang lagi dekat dari Tasik Kenyir!!!

Yang dekat pun dia tolak, macam mana pulak dengan yang jauh? Tak masuk akal lansung cadangan yang dia buat tu sebenarnya.

Lagi pulak, kalau nak ambik air dari Tasik Kenyir dan disalurkan ke Negeri Selangor, paip dia tak perlu lalu Pahang ke? Ikut mana paip Si Khalid Gagap tu nanti? Atas angin?

Isunya sekarang ni bukan masalah kekurangan air mentah. Tapi AIR TERAWAT untuk kegunaan rakyat. Si Khalid Gagap ni faham ke tidak apa maksud AIR TERAWAT ni?

Air terawat ni la yang dok keluar mengalir dalam kepala paip kat rumah kita tu. Air tu pulak bukannya dipam terus dari empangan atau sungai.

Ianya dirawat dan perlu ditapis untuk memastikan tak ada penyakit seperti Taun dan sebagainya sebelum disalurkan kepada rakyat.

Yang orang dok sibuk suruh dia buat sekarang ni ialah bina LOJI RAWATAN untuk AIR TERAWAT tu. Bukannya bercerita pasal jumlah air mentah!!! 

Takkan itu pun dia tak faham kot. Kalau bagi cadangan, bukan main lagi Bijaknya. Kalah Jurutera. Kalau dia buat la paip tu nanti, mau masuk World Record. Mana tidaknya. Paip Pertama Dalam Dunia Yang Dibina ATAS ANGIN!!!
KUALA LUMPUR: Kerajaan persekutuan akan melaksanakan projek Loji Rawatan Air Langat 2 secara tender terbuka kepada semua syarikat yang berkelayakan.
 
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam satu kenyataan berkata, semua anak syarikat kerajaan negeri Selangor dialu-alukan untuk menyertai tender tersebut apabila diiklankan kelak.
 
Justeru, tuduhan yang mengatakan projek itu dibina antara lain bertujuan memastikan kroni Umno-Barisan Nasional mendapat kontrak pembinaan adalah tidak berasas, kata kenyataan tersebut.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping