Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana telah menunjukkan Kebenaran yang mana satu intan dan yang mana satu kaca kepada seluruh rakyat Malaysia.
Sebelum ni, kita ada jugak terdengar berita mengatakan yang Lajim Ukin ni nak keluar dari UMNO dan menyertai parti Pembangkang.
Berita tu tersebar kerana Si Lajim Ukin ni sering dilihat bertemu dengan pemimpin Pakatan Pembangkang setiap kali selesai Mesyuarat Majlis Tertinggi.
Untuk apa dia bertemu dengan mereka? Hanya dia je yang boleh jawab. Soal yang paling penting, kenapa dia letakkan jawatan dia sebagai Pengerusi UMNO dan BN?
Adakah kerana dia merasakan yang dia tak mampu untuk melaksanakan tugas sebagai seorang Pengerusi? Adakah dia rasa dia hendak memberikan laluan kepada orang lain?
Jika yang demikian, kenapa pulak dia nak pergi mengadap pemimpin Pembangkang setiap kali selesai Mesyuarat MT? Adakah itu caranya dia nak memastikan semua kerja tu selesai?
Jelas, tidak ada perkataan lain yang wajar diberikan kepada dia diatas tindakan yang telah dilakukannya. Korang sendiri pun tahu perumpamaan apa yang paling sesuai.
Apa yang pasti dan Ternyata Transformasi Datuk Seri Najib ke arah yang lebih baik tak sesuai dengan pemimpin Veteran seperti Si Lajim Ukin ni.
Tinggal lagi, kita wajar bersyukur dengan apa yang telah dilakukan oleh Si Lajim Ukin hari ini. Setidak - tidaknya, kurang la sorang lagi Pengkhianat dalam UMNO!!! Kalau ada lagi yang nak ikut dia, sila kan!!! Biar orang lain pulak ganti tempat mereka!!!
KOTA KINABALU - Datuk Seri Lajim Ukin, yang lima hari yang lalu mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuat kuasa serta-merta.Beliau merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan tindakannya yang diputuskan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) agak mengejutkan banyak pihak.Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno, dan menyerahkan kepada parti untuk membuat keputusan."Bagi jawatan Timbalan Menteri, saya serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau."Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan... kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya," katanya dipetik Bernama.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.