Ahad, Julai 29, 2012


Sejak akhir - akhir ni, Semut kesian pulak tengok golongan artis ni. Puas diorang berusaha saban hari nak cari rezeki untuk menampung kehidupan masing - masing.

Ada tu sampai pukul dua tiga pagi masih jugak kat set pengambaran atau pun di studio rakaman. Tak kurang jugak yang berniaga terutama sekali dibulan Ramadhan ni.

Semangat tu memang patut diberikan pujian kerana mereka senantiasa mahu berusaha untuk mencapai apa yang mereka impikan. Jadi, kenapa pulak Semut kesiankan mereka?

Sebabnya, mereka buat semua tu sia - sia belaka. Umpama diorang buat kerja Haram dan rezeki diorang tu tak Halal. Tinggal lagi, semua ni bukan Semut yang cakap.

Ucapan tu datangnya dari salah seorang dari mereka yang sebelum ini dengan lantang mengatakan rezeki para artis ni tidak halal sebab mereka tak sokong PAS.

Dia sebut 'Tak Halal'. Nampak sangat la dia cuba nak selindungkan maksud sebenar. Kenapa dia tak sebut je yang rezeki para artis tu semua Haram sebab tak ikut telunjuk PAS?

Kan lebih mudah kalau macam tu. Senang sikit orang nak faham. Terus je kepada sasaran. Tak payah la nak berselindung - selindung. Habis cerita.

Itu lah sifatnya puak - puak Penyokong PAS ni. Baru dapat hidayah sikit dah mula la riak, ujub, sombong dan takabur dalam segala tindakan, percakapan serta memberi pandangan. Diorang bukannya tau nak memperjuangkan Islam pun!!!
Meskipun sibuk dengan jadual penggambaran yang tidak menentu, namun pelakon ini tidak ketinggalan meluangkan masa dengan berniaga sepanjang bulan Ramadan ini.

Memilih ayam percik sebagai produk jualan, wanita yang mesra disapa Emma ini tidak menyangka tawaran yang datang daripada rakannya, Kamal Rezuan untuk membuka gerai di bazar dapat dipenuhi.

Tidak pernah terfi kir untuk membuka gerai jualan, Emma bagaimanapun terpujuk dengan ajakan temannya itu untuk berkongsi tapak niaga di bazar.

“Sebelum bersetuju, Emma perlu mengambil kira juga waktu penggambaran kerana takut jadual akan bertindih memandangkan tuntutan berniaga memerlukan Emma sering berada di tapak.

“Namun, nasib baiklah Kamal mencadangkan supaya kami bergilir-gilir menjaga gerai. Jika Emma ada penggambaran atau kerja lain, Kamal yang akan menjaga gerai dan begitu juga sebaliknya,” katanya yang sebelum ini menjalankan perniagaan membuat hamper raya di rumah. - Sinar Harian
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping