Ahad, Julai 29, 2012


Wah!!! Secantik - cantik Pelakon dan Pengacara Hot Chick masa kini ni pun turut terlibat dalam kancah mencari kerja haram jugak ke?

Dah la tu. Si Neelofa yang cantik molek ni buat kerja tu ditengah - tengah bulan puasa pulak tu? tak tau malu ke dia dengan orang lain?

Patutnya, Si Minah Pening tu turun padang dan memberikan tarbiah kepada mereka ni semua agar mereka tidak terus terjebak dimasa akan datang. Dia kena tegur.

Sebab bukan apa. Dia jugak yang cakap bahawa rezeki artis Muslimah macam dia tu hanya akan datang selepas Kerajaan sedia ada digugurkan. 

Kalau tidak, rezeki tu semuanya tak halal belaka kerana tidak mendapat restu PAS!!! Jadi, Si Minah pening tu tunggu apa lagi? Bagi la tazkirah kat diorang ni!!! Takkan setakat berani bercakap atas pentas je kot!!!
Neelofa atau mesra disapa dengan panggilan Lofa, terpaksa berpuasa dan berbuka di lokasi sepanjang Ramadan ini kerana terlibat dengan penggambaran Kau Yang Terindah yang akan mula bersiaran 6 Ogos ini.

"Tahun ini merupakan tahun kedua Lofa berpuasa di lokasi. Nak kata sedih kerana tidak dapat berpuasa dengan keluarga itu adalah sedikit, tapi memandangkan sejak zaman persekolahan lagi Lofa dah biasa berpuasa jauh dari keluarga kerana tinggal di sekolah berasrama, jadi Lofa dah biasa.

"Lagipun berbuka di lokasi juga meriah, membuatkan Lofa lupa kesedihan kerana tidak dapat berbuka dengan keluarga. Penggambaran ini pula hanya akan tamat 5 September nanti. 
"Mujur Kak Erma (Erma Fatimah) memberi cuti dua minggu, jadi dapatlah Lofa tebus masa untuk bersama keluarga pula," kata juara Dewi Remaja ini.

Memandangkan berbuka di lokasi, Lofa berkata, tiada juadah wajib buatnya setiap hari, apatah lagi dia tidak gemar mengambil makanan berat ketika berbuka.

"Kalau berbuka di rumah, karipap dan pisang goreng buatan sendiri memang wajib ada. Tapi kalau di luar, Lofa tidak kisah sangat. 
Lagi pula Lofa bukan jenis yang makan banyak ketika berbuka. Bila dah malam sedikit, baru Lofa ambil makanan berat," ujarnya.

Kenangan manis di Tanah Suci

Berkongsi pengalaman menjejakkan kaki ke Makkah awal Julai lalu, Lofa mengakui berasa amat teruja kerana hasratnya ke Makkah tercapai, namun dalam masa yang sama berasa sedikit ralat.

"Tujuan sebenar Lofa ke sana adalah kerana kerja. Jadi Lofa kenalah ikut jadual yang telah disusun pihak produksi. Sedih jugalah kerana tidak berpeluang untuk beribadat lebih di sana.

"Apa-apa pun pemergian Lofa ke sana meninggalkan kenangan yang cukup manis buat Lofa. Insya- Allah, panjang umur, murah rezeki, Lofa memang teringin lagi untuk ke sana," katanya.

Menyentuh tentang persiapan raya, Lofa berkata, dia masih belum sempat untuk membuat sebarang persiapan dan akan membeli baju apabila mendapat cuti kelak.
Categories:

2 ulasan:

  1. Contoh kat Selangor laa , yang makin banyak pusat urut dan disko haram tu Abby taknak komen ke??? maklumlaa kata PAS yang bersama PR tu Islamik , tapi aku tgk Selangor lagi teruk pulak jadinya . abby tu buta ke? atau dah buta hati ? tak nampak semua tu .. Lagi nak perintah Malaysia manusia hipokrit macam ni??? Kalau betul laa PR perintah Malaysia , Yang banyak keje ialah jadi tukang urut laa Abby oiiii

    BalasPadam
  2. nak membenteras maksiat mmg sukar. banteras mana yg kita nampak. Xkira kerajaan mana pun perlu ada tanggungjawab sebegini. jgn salahkan pas sahaja kalau rumah urut tumbuh bagai cendawan.. sbb perkara ini ada pro and contranya.. dekat negeri BN lain pun byk umah urut. Saya rasa semua pihak xkira BN ke PR perlu sama2 banteras kemungkaran =)

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping