Ps: ATM ni bukan Angkatan Tentera Malaysia ya. Semut pun tersalah anggap jugak tadi. Rupanya, ATM ni Auto Teller Machine atau mesin pengeluar duit. Hehehe...
Mungkin lelaki ni nak sangat dapat duit baru kot. Itu pasal la dia bakar mesin ATM ni tak pasal - pasal. Tapi, mungkin jugak la dia nak pakai duit. Tapi tiba - tiba mesin tu tak berfungsi. Sapa yang tak naik angin brader!!!
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki membakar ruang menempatkan mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank dipercayai kerana marah selepas gagal melakukan transaksi menerusi mesin berkenaan.
Apa yang menghairankan, suspek berusia 24 tahun itu cuba melakukan transaksi selepas mesin ATM dihentikan perkhidmatan kerana waktu sudah melepasi jam 12 tengah malam.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kejadian itu berlaku di sebuah bank di Batu Pahat, Jumaat lalu.
“Berdasarkan maklumat awal, suspek dikatakan berkelakuan pelik apabila kerap berkunjung ke bank itu bagi melakukan transaksi ke akaun misteri walaupun dalam jumlah kecil.
“Ketika membakar ruang ATM itu, suspek menutup mukanya menggunakan topi keledar, malah dia juga dikatakan memakai sarung tangan getah bagi mengelak identitinya dikesan polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, semalam.
Bagaimanapun, Mohd Mokhtar berkata, taktik suspek tidak berjaya apabila identitinya dikenal pasti berdasarkan susuk tubuh serta jenis topi keledar digunakan yang diperoleh daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bank berkenaan.
Menurutnya, suspek dari Taman Setia Jaya, Batu Pahat, ditahan tidak lama selepas kejadian sejurus pihaknya menerima laporan daripada pengurusan bank itu.
“Pemeriksaan di dalam kereta Proton Saga BLM dinaiki suspek menemui tiga botol dipercayai mengandungi minyak petrol dan empat pemetik api disyaki digunakan dalam kejadian itu.
“Motif sebenar kejadian masih disiasat dan suspek direman hingga 30 Julai ini bagi membantu siasatan,” katanya yang tidak menolak kemungkinan suspek menghadapi masalah mental.
Mohd Mokhtar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.