Ps: Ooppss!!! Ini bukan cerita pasal Si Minah Pening tu ye. Dah bosan dah cerita pasal Minah tu. Hakikatnya, dunia artis pun dah mula menyampah dengan dia.
Jadi, sewajarnya Semut ucapkan terima kasih diatas kenyataan yang Si Minah Pening tu keluarkan semalam. Hari ini, makin ramai artis yang mula meluat.
Tapi realitinya, memang itulah cara Parti Angguk Saja tu nak tarik orang untuk menyertai mereka. Bukan dengan kata - kata nasihat, tapi dengan maki hamun dan cacian. Jadi, macam mana orang nak tertarik kepada perjuangan mereka? Korang fikir la sendiri!!!
Blogger tempatan yang dikenali sebagai Hazrey yang kini hangat di tengah episod antara dirinya dan pelawak Mamat Sepah menganggap kenyataan pelawak itu sebagai kurang matang dan tiada asas.Hazrey ketika dihubungi berkata sikap defensif pelawak itu tanpa sebarang justifikasi termasuk 'screen grab' apa yang didakwanya sudah cukup menceritakan hakikat sebenar yang berlaku di laman sosial twitter."Saya sebenarnya tergelak apabila membaca pelbagai kenyataannya yang sangat defensif dan berterusan mendakwa saya terlebih dahulu menghentam dan memaki lelaki itu. Adakah perkataan anda perlu lebih bertanggungjawab terhadap apa yang ditwit selepas dia menghentam seorang pengguna twitter lain bernama Izham Ismail, itu dianggap maki dan menghentam?"Apabila dia mula bertindak agresif terhadap beberapa pengguna lain termasuk ingin mencederakan pengguna itu, saya anggap itu sangat keterlaluan, maka saya ada nasihatkan jangan bersikap samseng sebaliknya meminta maaf bagi meredakan keadaan," katanya.Sebaliknya, menurut Hazrey, sebaik memberi nasihat itu, satu twit dihantar padanya oleh pelawak itu 'K###k la ko ni' dan itu, kata Hazrey menunjukkan tahap kematangan pelawak itu mengawal perasaan.Katanya, beberapa pengguna twitter lain turut tersinggung dengan cara layanan pelawak itu yang tidak boleh menerima teguran tanpa provokasi."Mana ada provokasi. Contoh satu twit dari seorang pengguna wanita bernama @Iqhamono pada petang itu, pelawak itu sudah mengancam untuk mencederakan wanita itu! Kita boleh lihat siapakah yang melenting? Ini bukan soal provokasi tetapi seharusnya kita lihat siapa yang melenting tak tentu pasal ni?," katanya.Hazrey berkata Mamat Sepah jelas tidak memahami konsep blog di mana apa yang ditulisnya tidak mewakili mana-mana syarikat mahupun agensi."Saya tak perlu publisiti pun seperti dia yang mendambakan publisiti malah di blog saya pun tiada foto saya. Saya nak publisiti buat apa? Dia perlu faham, konsep 'one man's word against the world'."Cuba kita perhatikan, kenapa perlu saya bergaduh dengan dia? Dia siapa? Saya pun pertama kali dengar nama dia. Apa hasilnya saya bergaduh dengan dia? Apa keuntungan saya bergaduh dengan dia? Tiada," katanya tegas. - Gua.com
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.