Isnin, Julai 23, 2012


Apa yang kita boleh katakan mengenai Si Khalid Gereja ni ye? Kalau tengok dalam laman Twitter dan berceramah atas pentas bukan main lantang lagi.

Tapi, bila depan - depan, terus jadi macam beruk pulak dah rupanya. Tak nampak lansung ke lantangan dia nak bersuara. Tak malu ke dia nak dabik dada mengatakan yang dia seorang pejuang Islam? Kalau setakat Kaki Auta tu, boleh la!!!
SHAH ALAM: Exco Pemuda Umno Tun Faisal Ismail Aziz mencabar Pakatan Rakyat agar membentangkan perancangan atau program yang akan dilaksanakan gabungan tiga parti komponen itu untuk membangunkan orang Melayu sekiranya berhasrat mengambil alih pentadbiran Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Tegas Tun Faisal, kepentingan dan kedudukan orang Melayu harus diberi keutamaan dalam mana-mana polisi kerajaan, lebih-lebih lagi, Pakatan yang dianggotai PAS-PKR-DAP tidak pernah membentangkan sebarang perancangan untuk pembangunan orang Melayu, yang merupakan kaum terbesar.

"Dalam konteks ini pada saya bukan soal batang tubuh Melayu itu tapi soal polisi yang hendak dipertahankan dan dikeluarkan, kalau betul pembangkang ada polisi untuk bangunkan orang Melayu, di mana polisi ini?

"Adakah polisi ini jauh sangat berbeza dengan apa yang kita ada? Ini yang perlu kita soal kepada pakatan pembangkang.

"PAS misalnya kata tidak gila kuasa, kalau gila kuasa tentu bergabung dengan Umno maka terbentuk satu kuasa Melayu. Maksudnya PAS buat keputusan untuk bergabung dengan DAP dan PKR dalam keadaan yang merugikan mereka...mereka tidak dapat apa-apa, lagi teruk," katanya pada program Diskusi Meja Bulat "Melayu Pasca PRU 13?" anjuran Antarapos.

Selain Tun Faisal, turut menjadi ahli panel untuk program ini adalah Ketua Penerangan PKR Dr Muhammad Nur Manuty dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Khalid Abdul Samad.

Menurut Tun Faisal, perjanjian pengisytiharan dibuat Pakatan boleh menimbulkan pelbagai keraguan dan persoalan terutamanya tentang alasan parti-parti tersebut untuk menjalinkan kerjasama politik.

"Akhinya bila PAS buat perjanjian yang merugikan mereka, kalau katalah ada wakil dalam Parlimen yang batang tubuhnya Melayu, pegangannya belum tentu Islam, dasar yang dibawa mungkin sosialis, bentuk macam manakah dasar yang akan dibawa dalam Parlimen?

"Ini kita kena persoalkan kepada PAS dan PKR, mungkin dia nak bawa dasar Islam tapi kalau didominasi dengan orang yang bawa dasar sosialis di mana pertemuan dalam Parlimen nanti," katanya.

Menurut beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sepanjang tempoh tiga tahun pentadbirannya telah membawa pelbagai program transformasi untuk meringankan beban rakyat. - seterusnya..
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping