Ps: Sehubungan dengan pendedahan yang dibuat oleh Si Pak Berahim semalam, Si Nasa Tantawi dituntut agar memohon maaf kepada seluruh umat Islam.
Bukan sebab apa. Sebab dia secara terang - terangan telah menipu seluruh umat Islam dengan mengatakan yang Si Karpal Whilchar bersetuju untuk melaksanakan Hudud.
Hakikatnya, semua orang tahu yang Si Karpal Whilchar tak akan bersetuju dengan perkara tersebut. Sampai mati pun dia takkan bersetuju.
Jadi, untuk apa sebenarnya Si Nasa Tantawi membuat penipuan secara terbuka dalam sesi perdebatan dia baru - baru ini?
Nampak sangat la PAS dah terdesak nak mendapat sokongan ahli yang semakin hilang kepercayaan kepada mereka!!! Kalau dia mampu menipu secara terang - terangan macam tu, takkan dia tak mampu nak mintak maaf secara terbuka kot!!!
KUALA LUMPUR 22 Julai - Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan diselar atas tindakannya berbohong ketika berdebat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya Khamis lalu.Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Mohd. Rafii berkata, tindakan Nasrudin memutarbelit fakta, terutama berhubung kompromi Pengerusi DAP, Karpal Singh terhadap hukum hudud adalah serius dan menuntut penjelasan sewajarnya."Nasrudin membuat penipuan terbuka, kononnya pakatan pembangkang menerima hukum hudud padahal pendirian Karpal diketahui umum sebagai pembantah utama hukum tersebut, dia sememangnya tidak akan berganjak."Kata Nasrudin, itu pendirian Karpal dua puluh tahun lalu, sekarang sudah berubah. Ini merupakan pembohongan sangat besar kepada rakyat negara ini," ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Debat anjuran sebuah akhbar tempatan itu mengupas topik bertajuk Pilihan Raya Umum Ke-13: Orang Muda Pilih Siapa? di sebuah stesen televisyen tempatan.Jelas Mohd. Razlan, pembohongan kedua terbesar yang dilakukan oleh Nasrudin pula adalah ketika mendabik dada mengatakan Pas sebagai parti dominan dalam pakatan pembangkang meskipun hakikat sebenar adalah sebaliknya.Kata beliau, secara jelas Pas merupakan parti tidak dominan dalam pakatan yang dilihat lebih dikepalai oleh DAP berbanding parti-parti komponen yang lain.Beliau berkata, tindakan Ketua Pemuda Pas itu cuba memesong fakta sudah cukup menjawab tajuk topik perdebatan berkenaan, iaitu orang muda akan tetap memilih pemimpin yang tidak berbohong."UMNO kekal pendaulat utama orang Melayu di negara ini. Sekiranya mereka kalah pada pilihan raya akan datang, nescaya kaum itu akan turut mengikut merundum bersama parti berkenaan," katanya.
Pegang talam pegang pengandar
BalasPadamKelapa dan emping dalam tempurung
Islam mengajar bercakap benar
Kenapa PAS selalu berbohong!
Bukan hendak meletak talam
Cuma hendak sorok ketepi
Bukannya hendak membela islam
Cuma hendak menjadi menteri!.
Talam berukir warna berseri
BalasPadamdiperbuat dari kayunya jati
bernafsu sungguh nak jadi menteri
Melayu dan Islam bukanlah di hati.
Biarlah Melayu apapun nak jadi
asalkan cita-cita tetap dipertahan
Nafsu bergelodak memuaskan hati
Syaitan dianggap sebaik-baik kawan
Assalam Bro
BalasPadamInilah jenis pemimpin yang mula-mula bercakap bohong, lama-kelamaan mencuri pulak...
Menjelang satu Syawal ni, eloklah kita bermaaf2an. Bukan saja sesama Islam, tetapi juga dengan bukan Islam. Rangkumkan bersama semangat MUHIBBAH menjelang 31 Ogos ini.
BalasPadamTantawi tak perlu malu. Jika benar anta menipu, mengaku saja. Anta perlu merafak sembah dan mencium kaki Karpal kerana dosa anda amat besar sekali. Anta bukan saja mempertikai pendapat dan pegangan Karpal mengenai Islam dan Hudud, tetapi itulah pendirian sebenarnya seluruh parti DAP, sahabat sejati dan rakan sebantal parti PAS sendiri. Hairan bagaimana anta selaku Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat tidak tahu, tidak peka dan tidak sensitif dengan keadaan itu. Mungkin anta juga tidak sedar di mana kedudukan DAP dalam tangga Pakatan Pembangang. Biar ana beritahu... Teratas sekali, Leader, Numero Uno, Taiko, Otai, dan entah apa lagi title yang aku patut sebut agar anta faham. Satu dunia tau. Yang tak tau hanya pengikut PAS yang terus menerus dibohong oleh pemimpin.
Mengaku sajalah, minta maaf dan ampun. Sujud atau meniarap jika perlu, kucup kedua kakinya untuk tunjukkan betapa luhur dan ikhlasnya hati anta. Semoga dosa anda dimaafi. Semoga PAS kekal sebagai balaci.
malang puak PAS nie...pemimpin telan bara...pengikut2 tk dpt berfikir dgn waras kerana daif dan taksub...akibat berguru hanya dgn ostad2 yg berkefahaman PAS...kesian
BalasPadam