Ahad, Julai 29, 2012


Hah!!! Ini berita panas yang diterima. Katanya Perdana Menteri bakal mengumumkan satu keputusan penting esok. Apa dia keputusan penting tu?

Adakah ianya tarikh Pilihan Raya Umum yang akan datang? Kalau ya, dah tentu puak - puak Pakatan Pembangkang tu akan jadi panik.

Ye la. Selama ni pun diorang dok sibuk jadi Pak Nujum dengan membuat ramalan yang bukan - bukan. Jadi, dah tentu diorang akan lebih teruja kalau dengar berit tu.

Namun, malang buat diorang, PM bukan nak umum pasal tarikh PRU. Sebaliknya, PM akan umumkan kedudukan Si Lajim Ukin yang telah meletakkan jawatan semalam.

Bagi Semut, hak untuk sesiapa pun meninggalkan parti adalah hak masing - masing sebab perjuangan ni bukan atas dasar Individu.

Tetapi ianya mengenai Institusi itu sendiri. Tidak dapat dinafikan bahawa Institusi UMNO tu kukuh. Namun, Individunya yang agak goyang.

Jadi, kalau Individu tu tak mampu nak membantu mengukuhkan Institusi, adalah lebih baik dia tarik diri dan letak jawatan. Itu lagi bagus dari dia terus merosakkan Institusi.

Dan, Individu ni adalah sesuatu yang boleh ditukar ganti, tetapi tidak Institusi. Jadi, Semut ucapkan semoga Si Lajim Ukin tu terus maju dalam perjuangannya sebagai Individu dalam Institusi yang lebih sesuai!!!
PEKAN – Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Sabtu berkata kedudukan Datuk Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan diputuskan, Isnin ini.

Perdana Menteri berkata keputusan Lajim melepaskan jawatannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Beaufort adalah sesuatu yang telah dijangkakan oleh beliau dan parti.

"Keputusan beliau itu sudah dijangkakan akan berlaku kerana tindakan dan ucapan beliau yang bertentangan dengan dasar parti sebelum ini.

"Saya tidak terperanjat dengan keputusan itu kerana tiada sesiapa yang lebih besar dari parti melainkan kesetiaan.

"Kita terima hakikat di antara kita ada yang berbeza pendapat tetapi boleh diselesaikan dengan saluran yang betul sama ada cepat atau lambat,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Tarawih di Masjid Ubudiah Kampung Mambang, Chini di sini, Sabtu.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping