Sebelum ni ada seorang mamat pengecut dari PKR pernah mempertikaikan pasal pemberian duit raya kepada warga Peneroka. (Klik Kat Sini)
Gambaran yang cuba diberikan oleh Si Pengecut ni ialah pemberian duit raya tu lansung tak ada akibat penyenaraian Felda Global Venture Holding di Bursa Saham Kuala Lumpur.
Ternyata, apa yang dipertikaikan oleh Si Pengecut tu tersasar sama sekali apabila Perdana Menteri mengumuman pasal perkara tu semalam.
Jadi, dah nampak sangat la Si Pengecut ni buat spekulasi tanpa merujuk kepada mana - mana fakta. Dia hanya buat ramalan berdasarkan Kepala Otak yang diletak kat Lutut dia je.
Maka, adalah menjadi satu perkara wajib buat Si Pengecut ni untuk meminta maaf dengan rakyat Malaysia terutamanya kepada warga Peneroka sebab dia menipu!!!
Itu pun kalau dia ni jenis manusia yang bertanggungjawab la kan. Kalau tidak, kita tak boleh nak salahkan diorang jugak sebab kita pun memang dah tau. Puak - puak Pakatan Pembangkang ni memang suka menipu!!! Diorang bukan ada kerja lain nak buat!!!
SIK 29 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian duit raya berjumlah RM43.2 juta kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara.Perdana Menteri berkata, pemberian itu bertujuan menghargai sumbangan warga peneroka kepada pembangunan Felda serta membantu membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.Beliau berkata, pemberian itu terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda sebagaimana kaedah yang sama pada 2011."Seramai 103,597 orang atau 91.9 peratus peneroka Felda akan menerima RM400 seorang dan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM41.1 juta."Seramai 9,038 orang pula atau 8.02 peratus peneroka yang tidak bersama Felda turut menerima RM200 seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM1.8 juta," katanya ketika berucap pada Program Rahmat Ramadan Warga Felda 2012 di Sekolah Kebangsaan Beris Jaya, di sini hari ini.Menurut Najib, pemberian duit raya kepada peneroka telah dilaksanakan sejak 2003 dan bayaran pada tahun ini bertambah sebanyak RM0.6 juta atau 1.39 peratus berbanding 2011 iaitu sebanyak RM42.6 juta.Katanya, pemberian duit raya itu diharap dapat meringankan beban kewangan dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.