Gambar yang dikirimkan Farid menunjukkan proses merawat lututnya dilakukan oleh pihak hospital. |
Ps: Ini kecederaan yang benar - benar berlaku. Bukan la macam yang dialami oleh Si Mat Syabun Penipu tu. Dia cakap je Kepala Lutut dia cedera.
Cedera tu pulak sebab kena langgar dengan trak Polis kata dia. Tapi, hakikatnya dia jatuh sendiri. Kalau Kepala Lutut Si Mat Syabun tu retak, tak heran la dia pun hilang akal. Sebab otak dia letak kat Kepala Lutut!!!
PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil terpaksa berjalan menggunakan tongkat akibat tempurung lutut kirinya retak kerana terjatuh ketika menjalani penggambaran filemDampak pada Isnin lalu.Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 31, berkata kecederaan itu dialaminya sewaktu penggambaran di kelab hiburan Rootz, Lot 10 Bukit Bintang dekat sini yang turut mengakibatkan lutut kirinya itu bengkak dan lebam."Saya terjatuh berguling di tangga kelab itu kerana hilang imbangan badan ketika melakukan adegan babak kejar-mengejar.“Lutut kiri saya menjadi bengkak kerana berlaku pendarahan dalaman yang serius akibat hentakan."Selepas mendapatkan rawatan di Hospital Ampang Puteri, doktor mengenal pasti tempurung lutut saya retak akibat hentakan itu."Saya terpaksa menggunakan tongkat kerana kaki saya tidak boleh memijak lantai," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.Aktor filem Lagenda Budak Setan itu memberitahu, ekoran kejadian itu dia dinasihatkan doktor agar berehat panjang daripada sebarang aktiviti lasak."Saya dinasihatkan berehat selama enam minggu daripada melakukan aktiviti-aktiviti fizikal termasuklah berlakon. Kalau berlakon pun saya hanya boleh berdiri tegak saja."Akibat insiden ini, produksi filem Dampak terpaksa menggunakan pelakon pengganti untuk baki babak-babak aksi yang melibatkan saya," katanya. - mstar
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.