Ps: Sedangkan artis macam bekas anggota Sepah ni pun berani bersumpah terhadap sesuatu perkara yang dia tak buat, kenapa Si Ketua Penipu tu cukup liat nak berbuat demikian?
Apa yang Si Ketua Penipu tu takut sangat? Dia takut kena 'makan' dek sumpah sendiri? Ke dia tak mencukupi kriteria yang dia sendiri sebut sebelum ini?
Si Ketua Penipu tu kata, kalau nak bersumpah, seseorang tu mesti bersih dari sebarang dosa besar, tak minum arak dan tak main perempuan. Jadi, adakah dia juga tidak memenuhi perkara tersebut? Korang fikir la sendiri!!!
Betulkah Mamat masih tidak berubah?
Inilah masalahnya. Saya tak pernah nak burukkan orang atau susahkan hidup orang. Orang burukkan saya adalah! Entahlah, saya sebenarnya dah malas nak komen tentang hal ini. Apa yang boleh saya katakan, mungkin ada orang tak puas hati atau masih tak berpuas hati dengan saya. Jadi mereka sengaja nak cari kesalahan saya. Benda ni dah banyak kali berlaku sampai saya pun dah malas nak ambil peduli.
Apakah Mamat terkilan dengan situasi yang dihadapi sekarang?
Habis saya nak buat macam mana? Cakap lebih pun bukan boleh tutup mulut orang dari terus berkata. Sudahnya, lebih baik saya jaga diri sendiri, dan mereka di luar sana jaga diri masing-masing sebab saya tahu, tak semua orang suka dengan kita.
Jadi betullah Mamat tak peduli?
Saya tak risau dan tak peduli. Orang nak bercakap mengenai saya biarlah. Bukan luak pun duit saya dalam bank bila orang mengata. Saya boleh hiduplah! Bukan nak kata, tapi dalam keadaan orang mengata saya pun, saya boleh berbangga dengan hasil usaha saya. Saya boleh 'hidup' di Kuala Lumpur ni dan tak balik semula ke Johor gara-gara tak ada kerja.
Maknanya Mamat mengakulah, memang susah nak 'hidup' sebagai anak seni?
Kalau susah pun, segala kepayahan saya urus sendiri. Tetapi yang penting, saya tahu keluarga menyokong dari belakang. Pernah satu ketika bila saya teruk dikritik, keluarga menyuruh saya berhenti berlakon. Tapi untuk apa kita terus dengar cakap orang? Saya yakin, selagi ada kepercayaan diletakkan pada saya, saya akan terus berada dalam bidang ni. Tiga tahun saya jadi anak seni, saya bersyukur kerana di awalnya saya telah diduga oleh Tuhan. Secara tak langsung, ia beri kekuatan pada saya untuk mengharungi kepayahan itu.
Apa komen Mamat kononnya masih mendapat tawaran dengan bantuan bekas salah seorang anggota Sepah?
Apa hal pula? Saya berani bersumpah yang saya tak pernah ambil mana-mana tawaran kerana jasa dan bantuan mereka! Selama ni, pihak produksi yang hubungi saya dan kalau saya dapat kerja pun adalah hasil usaha sendiri. Tak payah nak suruh orang merayu kasi saya kerja. Kadang-kadang saya pun tak faham, jahat sangatkah saya ni? Bermasalah sangatkah saya sampai orang nak panjangkan isu ini macam ni?
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.