Fuh!!! Memang gempak la cerita ni. Semalam sempat la Semut jumpa dengan Pegawai Eksekutif syarikat Lynas kat Kuantan. Tanya pasal uji-kaji yang diorang buat.
Betul ke diorang ada guna anjing? Kalau ikut laporan dalam laman blog pro Pembangkang sebelum ni, diorang kata kilang tu menjalankan uji kaji dengan menggunakan anjing.
Lepas tu, blog tu kata anjing tu didapati mati akibat terdedah kepada bahan kimia yang dikeluarkan oleh kilang tersebut.
Habis satu meja tu ketawa bila dengar cerita tu. Bukan apa. Diorang sebelum ni tak pernah pulak dengar istilah 'Anjing Makmal'. Biasanya orang guna tikus.
Kiranya, bagus jugak la kilang Lynas tu sebab menggunakan seekor anjing sebagai bahan ujikaji diorang agaknya ye. Lepas tu anjing tu siap mati lagi.
Ternyata, dakwaan yang dibuat oleh laman blog tersebut hanya satu helah untuk memesongkan pemikiran rakyat semata - mata.
Laporan yang dibuat tak betul lansung. Mana ada orang jadikan anjing sebagai bahan uji kaji. Kalau tikus tu, boleh jugak la kita percaya.
Sebelum ini pun, puak - puak Anti Lynas tu dok menipu rakyat di Kuantan dengan kisah ikan berkepala dua dan saiznya besar - besar belaka.
Selain itu, diorang jugak turut menyatakan bahawa sebuah kolam ikan yang terletak berhampiran dengan kilang tu juga turut pupus semuanya.
Tapi, itu cerita tahun lepas. Korang bayangkan la. Kilang tu masih belum beroperasi pun lagi. Baru setakat 95% siap. Bahan nadir bumi tu pun tak de.
Jadi, macam mana pulak ikan tu semua boleh mati dan mengalami mutasi seperti yang didakwa oleh puak - puak Anti Lynas tu? Tak masuk akal lansung!!!
Tinggal lagi, kita tak heran kalau cerita macam tu datangnya dari puak - puak Anti Lynas ni sebab diorang pun bukannya ada akal. Diorang ada otak tapi itu pun letak kat Kepala Lutut!!! Itu pasal la diorang suka buat cerita yang bukan - bukan!!!
Ps: Kata Pegawai Eksekutif Lynas tu semalam, memang ada anjing yang mati kat area kilang tu. Tapi, anjing liar yang ditembak oleh pihak berkuasa!!! Bukan mati sebab kena bahan kimia!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.