Sabtu, Julai 21, 2012


Hah!!! Siapa pulak Si Mohd Najib ni? Apa pulak kaitan dia dengan Si Nurul Izzah tu? Nama dia dah sama dengan nama PM.

Takkan la PM pulak nak lempang muka Si Nurul Izzah ni kot? Jadi, korang tunggu apa lagi? Meh baca apa ceritanya dengan Si Mohd Najib ni dan kenapa dia melempang muka Si Nurul Izzah tu!!!
KENYATAAN media ini dikeluarkan bagi menjawab kenyataan pada majlis makan malam Thean Hou Temple Kuala Lumpur oleh YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai berdasarkan penulisan yang dikeluarkan oleh portal Malaysiakini bertarikh 13 Julai 2012 (Jumaat) bertajuk "Kalau saya jadi pegawai p'raya, YB tidak akan menang lagi".

Sebagai seorang penjawat awam yang ditugaskan dan diamanahkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk kawasan Parlimen P121 Lembah Pantai bagi Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008, saya rasa terpanggil untuk membuat kenyataan ini yang dianggap bagi saya bahawa YB Ahli Parlimen Lembah Pantai telah mengeluarkan kenyataan kepada portal berkenaan yang boleh disalahtafsirkan fakta, serta mahu menjejaskan nama baik SPR dan bertujuan menjatuhkan imej serta kredibilti penjawat awam.

Isu yang diketengahkan oleh YB Ahli Parlimen Lembah Pantai tercetus, selepas saya bertemu beliau sekadar bertanya khabar serta berbual secara selamba selepas kami sama-sama menghadiri Majlis Sidang Media Datuk Bandar bersama Media dan Ahli-Ahli Parlimen Kuala Lumpur pada 12 Julai 2012 di Bilik Lembaga Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur. 

Pertemuan ini diadakan sempena pertemuan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ybhg Tan Sri Ahmad Fuad Ismail bersama Ahli Parlimen Kuala Lumpur serta wakil media sebelum persaraannya yang tamat tempoh kontraknya pada 15 Julai 2012 yang lalu.
Bagaimanapun sehari selepas pertemuan tersebut, saya dikejutkan dengan satu laporan portal iaitu Malaysiakini menyebut, YB Ahli Parlimen Lembah Pantai telah diberi amaran oleh seorang bekas RO bahawa beliau akan kalah jika RO berkenaan ditugaskan semula pada PRU akan datang. 
Saya tidak jangka bahawa perbualan secara selamba dan berseloroh akan dijadikan satu isu sesi wacana beliau.
Jika perkataan saya dianggap sebagai kurang sopan, saya boleh juga anggapkan pertanyaan YB Ahli Parlimen Lembah Pantai sebagai tidak sopan, tetapi saya tidak ingin perkara ini berlanjutan, patut berhenti di sini saja.

Saya dapati bahawa Lembah Pantai sedang pesat membangun, setinggan telah ditempatkan di PPR memberikan penempatan yang lebih sempurna kepada mereka, penjaja tepi jalan telah dipindahkan ke pusat penjaja yang lebih memberikan peluang kepada mereka meningkatkan ekonomi mereka, flat PKNS Kerinchi akan berwajah baru dan kualiti hidup pemunya flat tersebut akan meningkat.

Di samping itu pembangunan hartanah di kawasan tersebut juga pesat dengan adanya Bangsar South dan Eco city sebagai contoh. 

Pemimpin negara termasuk Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sentiasa mendekati rakyat mengambil tahu permasalahan rakyat serta menghulurkan bantuan.

Rakyat setempat boleh membuat penilaian sendiri. Ingin ditekankan satu fakta lagi bahawa RO tidak dilatih untuk mirip kepada mana-mana parti. Latihan yang dijalankan adalah untuk membiasakan kakitangan terhadap prosedur pilhan raya.

Tugas RO semasa pilihan raya adalah sangat berat dan tiada masa untuk berpolitik kerana sentiasa berdepan dengan karenah parti politik yang bertanding semasa itu. Dan, tugasan serta panggilan RO terhenti apabila keputusan pilihan raya diumumkan.

Sekian, saya akhiri kenyataan media ini dengan ucapan pujian-pujian serta kesyukuran kepada ALLAH S.W.T dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadan yang barokah ini.

MOHD NAJIB MOHD
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. As salam Saudara Semut Hitam,

    selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping