Ahad, Julai 22, 2012


Susulan dari pendedahan yang dibuat sebelum ini membuktikan bahawa puak - puak Pakatan Pembangkang masih lagi dalam keadaan 'denial'.

Sebelum ini, sebuah blog Pro Pembangkang Pahang mendedahkan bahawa ada kematian dikilang Lynas. Semut dah dimaklumkan memang berita tu benar.

Tinggal lagi, mangsa meninggal dunia akibat sakit jantung dan bukan kerana terdedah kepada bahan kimia yang dihidu sewaktu berada dikilang tersebut.

Mangsa juga bukan seorang pekerja tetapi beliau pergi temuduga untuk mendapatkan kerja di Pejabat Kilang tersebut. Pejabat kilang tu bukan terletak didalam kawasan Kilang.

Selain itu, laman blog tersebut juga sebelum ini mengatakan bahawa seekor anjing digunakan untuk membuat ujikaji ke atas kilang tersebut.

Bila perkara tu diceritakan kepada beberapa orang pegawai kilang Lynas, mereka hanya menyambut berita tersebut dengan gelak ketawa kerana ianya tak masuk akal.

Mungkin sebab itulah blog tersebut kemudiannya menukar cerita dengan mengatakan bahawa bukan kilang tersebut yang buat ujikaji tu.

Tapi sebaliknya, orang lain yang buat ujikaji tersebut bagi membuktikan bahawa kilang tersebut merbahaya kepada keselamatan awam.

Agak - agaknya, siapa yang buat ujikaji tu ye? Adakah ianya dijalankan oleh Pakar? Pakar dari mana yang buat ujikaji tersebut? Tak de pulak dimaklumkan pihak mana.

Tambahan pulak, dengan mengaitkan kematian seorang petugas dikilang tersebut yang meninggal dunia sebelum ini juga tidak masuk akal.

Lelaki yang meninggal di Hotel Hyatt sebelum ini sudah pun berusia lebih dari 60 tahun dan memang mempunyai masalah kesihatan yang serius. Ia diakui oleh rakannya sendiri.

Jadi kalau selepas ini ada orang mati sebab sakit jantung, adakah itu juga semuanya salah kilang Lynas tu? Kan tak masuk akal tuduhan macam tu.

Adakah itu yang cuba disampaikan kepada rakyat? Maknanya, selama ini, semua orang yang mati akibat sakit jantung juga adalah diakibatkan kilang tersebut? Begitu maksud mereka?

Soal mengenai pendedahan Karam Singh Walia itu juga satu tindakan yang tak masuk akal sebab Karam Singh Walia pergi sendiri ke kawasan Kilang tersebut.

Bukan setakat dia ambil bacaan tahap radiasi kilang Lynas di Malaysia, tetapi turut mengambil bacaan di Lombong Nadir Bumi di Australia juga.

Malah dia turut ambik bacaan bahan nadir bumi tu sebelum dan selepas ianya diproses. Maka, untuk mengatakan yang Karam Singh Walia tak buat ujikaji tersebut jugak boleh ditolak sama sekali.

Jelas, ciptaan persepsi seumpama ini memang menjadi satu norma biasa bagi puak - puak Pakatan Pembangkang. Diorang sendiri tak buat ujikaji dan enggan pergi ke kilang tu. Tapi, dalam masa yang sama, diorang buat je cerita yang bukan - bukan!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. buat ujikaji secara remote ... melalui alam maya

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping