"Saya Penyokong Kerajaan Sedia Ada. Saya bangga apa yang saya lihat sekarang. Itu prinsip saya dari dulu."
Nah!!! Itu kenyataan berani mati yang dikeluarkan oleh Ning Baizura baru - baru ini bagi menepis fitnah mengatakan yang dia nak masuk PAS.
Ada sesiapa nak bantah? Ada tak Si Minah Pening tu nak keluarkan fatwa baru dengan kenyataan yang dibuat oleh Ning ni?
Ning jugak turut mengingatkan kepada semua pihak agar berhati - hati dalam membuat sebarang kenyataan sebelum dia ambik tindakan undang - undang.
Jadi, buat sesiapa yang menyebarkan fitnah terhadap Ning ni, tunggu apa lagi? Perhebatkan la cerita kata dia nak masuk parti tu dan buktikan yang dia bercakap bohong. Kalau dia saman korang nanti, boleh jugak buat belanja raya. Tu pun kalau korang menang la!!!
Ning atau nama sebenarnya Ning Baizura Sheikh Hamzah menegaskan yang beliau tidak pernah menyokong mana-mana parti pembangkang seperti mana yang didakwa baru-baru ini di dalam akhbar Sinar Harian juga kenyataan di blog-blog yang tersebar di internet.
Pelantun Awan Yang Terpilu ini juga mengakui sedikit sebanyak isu tersebut telah mencemarkan reputasi dan nama baiknya sebagai seorang selebriti. Justeru atas nasihat penguam juga beberapa kenalan dari pihak kerajaan, dia telah meluahkan perasaannya di Twitter minggu lalu. Tindakan itu adalah kerana mahu menjelaskan kepada peminat dan juga membersihkan semula namanya.
Malah Ning turut memberitahu gambar bertudung itu adalah gambar dari koleksi instagram yang dirakam ketika terlibat dengan sebuah telefilem berjudul Haji Bakhil, tahun lalu
"Saya tak berani komen banyak, lagipun perkara ni sudah diperbesar-besarkan di laman Twitter. Pada saya, asalkan saya tidak berdolak dalih, saya juga tidak pernah membohongi peminat atau tidak ada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan ke atas saya, cukup.
"Kenyataan di Twitter tu adalah untuk memberitahu terutamanya kepada peminat-peminat saya agar mereka tidak keliru,"
"Apalah sangat saya ni? Saya sebagai individu juga hanyalah seorang artis, lain lah kalau saya ni ahli politik. Saya ingin menyatakan yang saya menyokong kerajaan yang sedia ada. Saya bangga apa yang saya lihat sekarang. Itu prinsip saya sejak dari dulu lagi," jelas Ning Baizura ketika ditemui di Restoran Melayu, semalam.* * * * *
Ditanya bagaimana reaksinya sebaik saja mendengar berita tersebut dan adakah sebarang tindakan undang-undang akan diambil terhadap phak yang memfitnah dirinya, Ning menjawab,
"Memang saya terkejut tapi tak marah sebab mungkin saya bukan ahli politik tetapi saya merasakan saya mempunyai hak sebagai bukan saja artis tapi orang yang tak pernah berpolitik, kenapa pula saya harus menjadi mangsa? Kalau dah nama saya disebut tanpa tak secara sukarela mengatakan saya sokong ahli pembangkang, sudah tentu ianya sensitif bagi saya.
"Jadi saya harus perbetulkan keadaan dan antara tempat yang paling cepat dan mudah ialah meluahkan perasaan saya di Twitter. Mungkin tindakan saya itu membuatkan ada pihak yang berkecil hati atau tidak puas hati. Saya minta maaf.
"Apapun perkara ini masih belum selesai. Saya serahkan segalanya pada peguam saya. Mungkin pihak-pihak yang menyebarkan berita ini harus membuat sesuatu seperti meminta maaf atau menarik semula kenyataan yang dikeluarkan", ujar Ning mengakhiri perbualan.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.