Apa gunanya dia menjadi seorang pemimpin sekiranya kehadiran dia hanya mengundang gelak ketawa dibelakang dia sahaja?
Orang bukan sahaja tak hormat, malah hanya menjadikan dia seorang badut sahaja sebenarnya. Adakah itu taraf bagi seorang yang berangan - angan nak jadi 'PM'?
Kalau ikut cakap orang tua - tua, tak baik berbisik depan orang. Tapi, tak salah kalau kita gelak kat belakang dia. Lagi pun, dia memang bahan lawak je!!! Bukannya dia tau buat kerja lain pun!!!
Kisah Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, yang suka berkata-kata tanpa menggunakan akal fikiran yang waras sememangnya telah diketahui ramai. Meskipun begitu, dia tidak pernah sedar tentang kecacatan dirinya itu dan terus-menerus melontarkan kebodohannya untuk diketawakan rakyat.
Terbaru, Mahfuz mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak “not in control”. Terkejut juga mendengar Mahfuz bercakap menggunakan bahasa Inggeris! Mungkin dia ambil kursus intensif bahasa Inggeris baru-baru ini? Itu pun “rojak”!
Mahfuz menuduh kononnya Najib tidak mampu membuat keputusan sendiri dan dibayangi oleh dua tokoh yang kononnya lebih superior iaitu mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Tan Sri Muhyiddin Yasin.Dia membayangkan bahawa Tun Dr. Mahathir masih lagi berkuasa sebagai Perdana Menteri dengan alasan kononnya kroni-kroni negarawan itu dikurniakan projek-projek mewah.Selain itu, Mahfuz menyatakan bahawa kononnya Muhyiddin mahu PRU ke-13 berlangsung pada tahun ini dan bertentangan dengan kehendak Najib yang dikatakan mahu mengadakan PRU ke-13 pada tahun depan.Begitulah Mahfuz dengan “otak udang”nya. Dia tidak sedar bahawa dia sedang berjaya dicelarukan oleh kebijaksanaan Najib!Mahfuz cuba memcetus persepsi dengan melaga-lagakan Najib dengan Tun Dr. Mahathir dan Muhyiddin sedangkan dia sendiri tidak tahu apa yang dikatakan itu sama ada benar atau tidak. Ia sekadar persepsi bodoh orang yang tidak lulus SRP… - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.