Ini pun boleh buat jugak ni memandangkan Si Sam Ketot tu tak bersetuju dengan cadangan Si Nasa Tantawi untuk melaksanakan Hudud di Malaysia.
Bukan ke sebelum ini Si Nasa Tantawi tu kata kalau ada 'Mana - Mana Pihak' yang rasa cadangan dia tu tak bagus boleh ajak dia berdebat?
Jadi, memang bagus sangat la untuk kita lihat dua orang Ketua Pemuda dari Pakatan Pembangkang sendiri memberikan hujah masing - masing.
Si Sam Ketot tu sebelum ini menegaskan bahawa Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia walaupun Pakatan Pembangkang dapat merampas Putrajaya.
Hal ini, jelas Si Sam Ketot adalah disebabkan ianya tidak termaktub dalam perjanjian bersama diantara komponen Pakatan Pembangkang tu sendiri.
Maka jelas bagi kita bahawa apa yang dikatakan oleh Si Nasa Tantawi sebelum ini adalah Pembohongan yang jelas dan nyata. Malah lebih dari itu!!!
Bukan setakat DAPigs je yang menolak untuk melaksanakan hukum Hudud ni. Tetapi PKR pun sama jugak!!! Jadi, tak payah la Si Nasa tu nak menipu rakyat dan cuba untuk memesongkan kenyataan tersebut!!!
Nak kata apa lagi kalau Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang sebelum ini, namanya tenggelam umpama katak kena racun, tiba-tiba melenting apabila isu Hudud kembali diperkatakan selepas Nasruddin Tantawi, Ketua Pemuda PAS menyatakan bahawa Pakatan Rakyat dan Karpal Singh sudah bersedia untuk mengendurkan pandangan mereka terhadap perlaksaan hukum syariat itu di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.Menurut Sam Ketot, hudud tidak ada dalam 'senarai' perkara-perkara wajib Pakatan Rakyat. Bahkan hudud tidak boleh dibincangkan pun kerana ia adalah perkara di luar lingkungan Pakatan Rakyat. Dengan kata lain, kalau Nasrudin Tantawi dan PAS kata hudud ada dalam perjuangan Pakatan Rakyat, bermakna itu adalah ilusi dan halusinasi mereka semata-mata, bukan agenda Pakatan Rakyat. - seterusnya...
elokla tu...penyokong2 PAS diperbodohkan pemimpin mereka...pemimpin2 PAS plak diperbodohkan DAP & PKR....kesian.
BalasPadam