Belum habis lagi skandal mengabiskan duit rakyat yang melibatkan kerajaan PKR Selangor ni rupanya. Masih banyak lagi pendedahan yang sedang dibuat.
Kali ini ianya melibatkan penggunaan duit rakyat untuk mengadakan Karnival Politik Kerajaan PKR Selangor sebanyak RM 1juta.
Persoalan pertama yang muncul dikalangan rakyat ialah untuk apa karnival tersebut diadakan? Tidakkah ianya hanya membazirkan duit sahaja?
Apa sasaran sebenar pihak Pakatan dengan menganjurkan karnival seumpama itu dengan jumlah yang begitu besar? Adakah ianya menguntungkan rakyat?
Bukankah selama ini mereka seringkali mengakatkan bahawa mereka hanya memperjuangkan rakyat. Semua yang mereka lakukan adalah untuk rakyat.
Jadi, adakah dengan mengabiskan duit sebanyak RM 1juta tu juga dilakukan untuk rakyat juga? Tidakkah ianya hanya untuk kepentingan Politik mereka sahaja?
Kalau mereka kata jumlah tersebut kecil jika dibandingkan dengan apa yang mereka dah buat, masih lagi tidak kukuh untuk mereka menjolikan duit rakyat seperti itu.
Malah sebelum ini pun, mereka jugak yang mengecam pihak Kerajaan Pusat kerana menggunakan peruntukan agensi kerajaan untuk buat acara seumpama itu.
Maka, tidak salah kalau kita kata yang puak - puak Pakatan Pembangkang ni memang sah suka jilat ludah mereka sendiri!!! Apa yang diorang ludah tu jugak la yang mereka telan!!!
Persoalan kedua ialah mengenai ketidakaturan yang dimaksudkan oleh Perbendaharaan Negeri yang mendesak agar mereka menghentikan pembayaran.
Kononnya, Si Ronnie Liu tu kata, terdapat ketidakaturan dalam tender yang diberikan kepada pembekal seperti tidak ada sebut harga, pembekal tidak berdaftar dan sebagainya.
Soalnya, macam mana pembekal tu boleh dilantik sekiranya benda - benda ni semua tak ada? Sebut harga tak ada, pembekal tak berdaftar. Macam mana isu ni boleh timbul?
Jawapannya mungkin sebab ada dikalangan pihak tertentu yang memberikan tender tersebut secara 'direct nego' dan bukan melalui tender terbuka.
Maka ianya jelas bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Pembangkang tu selama hari ini. Mereka wajar mendedahkan siapa yang bertanggungjawab.
Itu pun kalau diorang betul - betul telus la dalam pentadbiran. kalau setakat cakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!! Dah la duit rakyat pun diorang habiskan begitu je. Nak menipu pun kantoi jugak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.