Fuh!!! Sungguh tak disangka - sangka. Semalam baru je Semut pautkan cerita pasal pasangan kembar seiras ni. Dah diorang menang pingat. Tahniah diucapkan!!!
KUANTAN - Acara Tenpin Boling bagi temasya Sukan Malaysia 2012 Pahang terus berlangsung di arena Mega Lane, Berjaya Megamall, Kuantan semalam bagi kategori Trio Lelaki dan Wanita.
Penguasaan Selangor dalam acara ini kian menonjol apabila Trio Lelaki mereka muncul juara mengalahkan pasukan dari Wilayah Persekutuan dan Kedah.
Trio Selangor yang diwakili oleh Muhammad Hafiz Fikri, Mohd Zharif Hashim dan Muhammad Amirul Afif berjaya mengumpul mata sebanyak 3830 jatuhan pin.
Manakala bagi pasukan Wilayah yang diwakili oleh Syimir Abdul Razak, Muhammad Rafiq Ismail dan Tan Chye Chern mengutip 3718 jatuhan pin.
Kedah yang diwakili oleh Ahmad Muaz Mohd Fishol, Noor Afizal Azizan dan Muhammad Amirul Bin Che Mat mengutip 3712 jatuhan pin.
Sementara itu, dalam saingan Trio Wanita pula, Sabah muncul juara dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 3614 melalui wakil mereka, Siti Aishajan Hussin, Alexandria Edith John dan Steffira Zeandea Greater.
Ditempat kedua pula disandang oleh pasukan Johor melalui trio Sharifah Nur Fatimah, Norasikin Maulad Nor Azman dan Nurul Atiqah Ahmad.
Trio dari Negeri Sabah juga turut merangkul pingat Gangsa dengan memungut jumlah jatuhan pin sebanyak 3386, 11 dibelakang Johor.
Trio Sabah ini diwakili oleh Siti Aishatun Hussin, Dzuraini Zulkiplee dan Nabilah Kassim. Pertandingan Boling Berpasukan pula bakal diadakan hari ini bermula jam 9.00 pagi.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.