Rabu, Julai 25, 2012


Berbekal bakat lakonan ditambah dengan kejelitaan yang dimiliki aktres Hollywood, Sofia Vergara, 40, dirai sebagai aktres siri televisyen yang mendapat pendapatan paling lumayan dalam senarai Forbes.
Berada di tangga pertama dalam senarai Forbes, Vergara telah memperolehi jumlah pendapatan sebanyak RM59.9 juta USD dalam tempoh 12 bulan. 
Sekaligus mengatasi rekod selebriti Kim Kardashian yang jatuh ditangga kedua. Kardashian memperoleh pendapatan sebanyak RM56.8 juta yang mana hampir keseluruhan pendapatannya itu diperoleh menerusi siri rancangan realiti  Keeping Up With The Kardashians.
Sementara itu penampilan Vergara sebagai bintang utama sitkom popular Modern Family juga telah berjaya menambat hati penonton bangsa Hispanic dan Amerika.

Selain membintangi sitkom tersebut, aktres kelahiran Columbia ini turut memiliki butik pakaiannya sendiri, iaitu Sofia yang boleh didapati di kedai Kmart, di samping menjadi model bagi jenama terkenal seperti Cover Girl, Pepsi dan Burger King.

Vergara juga pernah membintangi beberapa filem antaranya, The Smurfs, New Year’s Eve, The Three Stoogesdan Chasing Papi.

Pelakon Eva Longoria dikedudukan ketiga menerusi hasil watak paling lama yang dijiwainya dalam drama Desperate Housewives, yang mana siri popular tersebut berakhir tahun ini. 
Ditambah dengan hasil sebagai  urucakap produk, jualan buku masakannya, dua pewangi, juga watak kecil dalam beberapa buah filem. 

Mengikut dibelakang, teman Desperate Housewives-nya, pelakon Felicity Huffman yang juga tersenarai dalam top 10 dengan pendapatan sebanyak 9 juta USD.

Manakala pelakon Tina Fey, pencipta juga bintanf komedi NBC, 30 Rock berada di rangkin no. 6, dengan pendapatan tidak melebihi 11 juta USD.
Categories:

3 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping