Rabu, Julai 25, 2012


Mamat ni memang la tak laku. Sejak dari dulu lagi orang memang tak suka kat dia sebab dia suka menipu je kerjanya. Bukannya dia tau buat kerja lain.

Tapi, yang buat kita heran ialah mamat yang sorang lagi tu. Pun dia tak popular jugak ke? Bukan ke orang sibuk berpusu - pusu nak pegi cium kaki dia?

Walau apa pun, orang BN tak boleh nak terlalu bangga sangat. Yang popular tu Datuk Najib. Barisan Nasional tetap jugak kena buat kerja demi menjamin kesejahteraan hidup rakyat!!! Jangan duduk goyang kaki pulak!!!
KUALA LUMPUR - Transformasi berterusan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya melonjakkan populariti beliau berbanding pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pensyarah Geopolitik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali berkata, hasil kajian menunjukkan populariti Najib meningkat 76 peratus berbanding dua pemimpin utama pembangkang itu.

Menurutnya, melalui pecahan etnik, kepimpinan Najib juga semakin diterima dan terus mendapat sokongan iaitu 75 peratus Melayu, 69.6 peratus Cina, 71 peratus India , 85.5 peratus Iban dan 84.4 peratus bagi Bumiputera Sabah Sarawak.

Jelasnya, populariti Najib itu disokong dengan pendekatan model magnet yang bersifat populis dan praktikal.

“Dengan menggunakan pendekatan model magnet, penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, internet dan sebagainya mendekatkan beliau dengan rakyat.

“Selain itu, transformasi Najib memperkenalkan slogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian di utamakan; Model Baru Ekonomi; Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M); Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); Rumah Pertamaku dan sebagainya lagi sedikit sebanyak memberi prestasi yang mendorong peningkatan popularitinya,” katanya ketika membentangkan kertas kerjanya pada Rundingan Meja Bulat PRU13:Malaysia Pilih Siapa? anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, semalam.

Katanya, dari 1,000 responden sekitar Lembah Klang, pada keseluruhannya, sebanyak 69.6 peratus memilih Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan 37.5 peratus antaranya bersetuju BN akan menang dua pertiga majoriti dan 32.1 peratus lagi memilih BN akan menang majoriti mudah.

Menurut Fuad lagi, secara purata, 87.4 peratus mereka yang berumur 21 hingga 60 tahun menyokong kepimpinan Najib.

“Barisan Nasional (BN) juga mendapat keyakinan tinggi dalam mengurus pembangunan sosio ekonomi negara,” katanya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping