Tengok betul - betul. Inilah dia rupa manusia yang sering kali mendabik dada mengatakan dialah yang terbaik dalam dunia. Atas pentas, dia mengaku dia yang paling bagus.
Dalam setiap ceramah yang dihadirinya, tak putus - putus dia membanggakan diri dia dengan rasa riak, ujub dan takbur sebagai seorang pemimpin.
Tapi, apa sebenarnya yang dia buat? Takkan selama empat tahun, baru hari ini dia sedar yang IPTA di Selangor tu ada masalah? Selama ni, kenapa dia buat tak tau je?
Jelas, setelah ianya didesak dan dipertikaikan oleh rakyat, baru la dia nak buat dakwaan yang bukan - bukan. Kenapa selama ni dia pejamkan mata je?
Ke baru ni je yang dia tau mengenai masalah ni semua? Kalau baru ni dia tau, kenapa pulak dia sering mendabik dada mengatakan yang dia tau semua benda?
Dan selama ini jugak, puak - puak Pakatan Pembangkang tu dok sibuk berkempen nak bagi pendidikan percuma kepada rakyat.
Nak bagi macam mana kalau masalah macam ni pun diorang buat - buat tak tau je. Bukan perkara baru semua ni. Dah 4 tahun brader!!! Satu hapah pun diorang tak buat!!!
Mungkin ianya sudah menjadi norma buat pemimpin Pakatan Pembangkang yang memang suka riak dengan apa yang dilakukannya. Hakikatnya, dia tak ikhlas pun buat kerja.
Setakat buat kerja sikit, lepas tu nak berlagak macam dah banyak sangat yang dah dilakukannya. Walhal, ada banyak lagi benda lain yang dia buat tak tau.
Mungkin inlah hidayah yang Allah nak tunjukkan kepada kita semua sebagai manusia diatas muka bumi ni agar kita dapat memilih yang mana intan dan yang mana kaca. Pilihannya ditangan korang jugak!!! Takkan nak biar pemimpin buta ni terus berkuasa kot!!!
SHAH ALAM: Universiti Selangor (Unisel)mengambil keputusan untuk tidak menyelesaikan hutang yang didakwa bernilai hampir RM15 juta dengan Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) iaitu pihak yang membina dan menyelenggara asrama kampus induk universiti berkenaan di Bestari Jaya berikutan bangunan tersebut tidak mempunyai sijil layak menduduki (CF).Malah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mengakui bahawa keseluruhan bangunan pusat pengajian tinggi itu juga tidak memiliki CF."Bangunan asrama itu bukan sahaja sudah siap malah sudah diduduki, tapi bangunan itu berada dalam keadaan yang tidak boleh dapat CF kerana melibatkan isu yang agak sensitif iaitu membabikan sistem kumbahan."Bukan itu sahaja Unisel keseluruhannya pun tak ada CF," katanya pada sidang media selepas mesyuarat exco di sini, Rabu.


0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.