Khamis, Ogos 09, 2012


Memang jahanam la keadilan Negara kalau peguam pun boleh kantoi menabur fitnah yang bukan - bukan semata - mata untuk menang dalam perbicaraan.

Jadi, bagaimana mungkin rakyat nak percaya bahawa mereka ini pejuang Keadilan? Nak pulak bagi yang menyokong parti yang Kononnya memperjuangkan Keadilan tu.

Tambah memalukan, peguam tu pulak bukan peguam biasa. Sebaliknya peguam Mahkamah Syariah, mahkamah Islam!!! Pun kantoi jugak buat fitnah???

Tapi perlu diingatkan. Bukan semua peguam ni berperangai macam ni. Ada jugak yang jujur dalam perjuangan mereka. Tinggal lagi, jenis yang suka tabur fitnah macam ni memang ramai dalam Pakatan Pembangkang!!! Itu pasal la ada yang sampai kantoi macam ni!!!
AIDCNews – 08/08/12 – Peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes qazaf hari ini mengaku salah dan memohon maaf berhubung kenyataannya terhadap Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar pada 18 Ogos 2011 yang disiarkan di portal Malaysiakini dan HarakahDaily.
“Kami (Kamar Ainiah dan firma guamannya) telah menyatakan beberapa perkara dan kami juga telah menyatakan beberapa perkara itu kepada media berhubung plaintif pada hari berkenaan. Kami mengaku kami tidak ada asas untuk menyokong dakwaan yang dibuat.
“Oleh yang demikian, kami memohon maaf, tanpa sebarang keraguan dan melahirkan rasa kesal penuh ikhlas kepada plaintif bagi sebarang tekanan mental, kerugian dan penderitaan yang ditanggung beliau dan sebarang syak wasangka yang mungkin timbul dan atau berbangkit terhadapnya sebagai akibat daripada dakwaan-dakwaan tersebut.
“Bagaimanapun, permohonan maaf ini tidak boleh digunakan dalam prosiding syariah yang difailkan oleh anak guam kami,” kata Kamar Ainiah di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera untuk direkodkan dengan disaksikan peguam Azhar Arman Ali yang mewakili Kamar Ainiah serta peguam Datuk Mohd Haaziq Pillay dan Nizam Bashir bagi pihak Zainur Rijal.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping